fbpx

Peminat Mee Segera Korea? Ini Antara 5 Jenis Ramyeon Yang Halal dan Sedap!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Para peminat drama atau rancangan Korea, pasti terliur jika ada scene pelakon makan mee segera mereka yang dikenali sebagai ramyeon atau ramen itu.Muncul pula trend #spicyramenchallenge yang tular di media sosial. Macam-macam aksi yang dapat kita lihat apabila kepedasan menyerang lidah.

 

Mesti ada diantara anda berasa ragu-ragu dengan status Halal mee segera daripada Korea ini, kerana tak semua ramyeon halal di pasaran. Jom kita lihat beberapa jenis ramyeon halal yang anda boleh cuba:

1.Samyang Spicy Ramen

Pasti ramai yang sudah mencuba mee segera Korea paling popular ini kan? Kini lebih mudah untuk mencari Samyang Spicy Korean Noodles di pasaran berbanding dulu dan sesiapa yang tak tahan pedas anda dinasihatkan sedia air minuman banyak sebelum makan.

2.Samyang 2X Spicy Ramen

Jika anda rasa tahap kepedasan Samyang itu biasa-biasa dan mahukan yang lebih pedas, kini Samyang 2X Spicy Ramen muncul untuk mereka yang suka makan pedas. Hati-hati takut lidah anda terbakar!

3.Samyang Cheesy Ramen

Selain itu, Samyang Cheese menjadi “kegilaan” orang ramai kerana gabungan pedas dan masin membuatkan ia diminati. Tambah telur mata confirm lagi sedap!

4. Samyang Carbonara

Samyang Carbonara kini semakin menjadi kegilaan pencinta mee segera kerana kelemakan susu bersama kepedasan mempunyai rasa yang seimbang dan kurang pedas. Korang boleh dapatkan sekarang dan cuba!

5.Nongshim Shin Ramyun

Sebelum kehadiran Samyang, Nongshim Shin Ramyun terlebih dulu mencipta popularitinya yang tersendiri kerana ia juga pedas dan menyelerakan. Namun, anda perlu berhati-hati ketika membeli kerana ramen jenis ini diimport daripada beberapa negara jadi pastikan ada tanda halal sebelum membelinya.

Apa yang paling penting, anda harus menyemak setiap mee segera jika ada logo halal Korea Muslim Federation Halal Committee atau tidak sebelum membelinya.

Sumber : Have Halal Will Travel

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.