Now Reading
Bersihkan Telinga? Guna Fon Kepala Je!

Bersihkan Telinga? Guna Fon Kepala Je!

Kadang-kadang bila pakai fon kepala, telinga pasti akan rasa gatal disebabkan oleh rasa tidak selesa apabila sesuatu objek memasuki telinga.

Lepas ni, masalah gatal dalam telinga boleh diselesaikan apabila sebuah syarikat berpangkalan di Seattle telah mencipta headphone istimewa yang boleh membersihkan tahi telinga dalam tempoh 35 saat.

Fon kepala canggih yang dihasilkan oleh syarikat SafKan dengan kerjasama beberapa doktor itu dapat menggantikan putik kapas berbahaya dan lawatan mahal jika ke klinik pakar.

Peranti berkenaan boleh membersihkan kedua belah telinga dalam satu masa dengan menyuntik campuran hidrogen peroksida ke dalam telinga untuk melonggarkan tahi yang tersumbat sebelum menyedutnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Saf­Kan, Sihal Diwan berkata, teknologi baharu itu menjadikan pembersihan telinga lebih mudah dan selamat selain menjimatkan masa.

Harga alat berkenaan masih belum ditentukan dan versi yang akan dijual terus kepada pengguna juga sedang dibangunkan. Namun fon kepala tersebut dianggarkan berharga $75 (RM298).

Bagus juga produk ini. Boleh kurangkan penggunaan putik kapas yang boleh menyebabkan jangkitan bakteria pada gegendang telinga.

Sumber :  VitDaily

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.