
Donut Indomie Viral di Indonesia, Sedap Ke?
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak minggu lalu media sosial dipenuhi dengan posting mengenai mi segera popular keluaran Indonesia.
Namun apa yang menariknya, cara penyediaan dan hidangan mi segera daripada jenama Indomie ini memang sangat berbeza.
Idea asal donut mee terhasil daripada sebuah kedai donut yang bekerjasama dengan Indomie Australia untuk menghasilkan donut mee, Donut Papi. Tidak lama selepas donut ini popular di sana, sebuah kafe di Jakarta turut menjual donut mee dan mendapat sambutan sehingg menjadi viral.
Rasanya di Malaysia, tiada lagi kedai yang menjual donut mee ni. Apa kata korang cuba buat sendiri di rumah.Boleh rujuk video di bawah. Senang je rupanya!
Bahan-bahan :
1 bungkus mee segera Indomie
Daging cincang atau boleh diganti dengan sosej, tuna dan keju
2 biji telur ayam
Tepung
Serbuk roti
Pencetak atau acuan Donut
Cara membuat:
1. Masak mee seperti biasa.
2. Campur 1 biji telur, daging cincang/sosej/tuna/keju dan gaul
3. Tuang ke dalam acuan donut.
4. Kukus dalam beberapa minit dan sejukkan sebelum donut dikeluarkan daripada acuan.
5. Salut donat mee dengan tepung , celup ke dalam telur yang telah dipukul, dan salut semula dengan serbuk roti.
6. Goreng dengan minyak yang banyak hingga berwarna kuning keemasan.
Hidang semasa masih hangat! Selamat mencuba!!
Sumber : Tribun Kaltim.