fbpx
Now Reading
Penjawat Awam Hadapi 48 Hari Tanpa Gaji

Penjawat Awam Hadapi 48 Hari Tanpa Gaji

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika 2017 mencatatkan tempoh sela pembayaran gaji terpanjang sebanyak 42 hari, 2018 pula akan lebih mencabar apabila penjawat awam terpaksa menunggu 48 hari untuk mendapat bayaran gaji yang berikutnya.

Tempoh 48 hari ini bermula selepas gaji bulan Jun dibayar pada 7 haribulan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Gaji untuk Julai dijadual hanya akan diterima pada 25 Julai nanti.

Lazimnya gaji penjawat awam dibayar pada 25 haribulan setiap bulan tetapi dalam keadaan tertentu seperti musim perayaan, pembayaran gaji dibuat lebih awal.

Bayaran gaji awal juga boleh berlaku pada hari Khamis terdekat dengan tarikh 25 haribulan sekiranya tarikh itu jatuh pada hari-hari antara Jumaat, Sabtu atau Ahad.

Sepanjang tahun 2018 sahaja pembayaran gaji awal dibuat sebanyak empat kali. Semuanya dilakukan bersempena hari perayaan. Bayaran gaji awal pertama tahun ini adalah sempena Tahun Baru Cina pada 8 Feb (17 hari lebih awal).

Ini diikuti bayaran awal sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada 7 Jun (18 hari lebih awal), Hari Raya Aidiladha pada 14 Ogos (11 hari lebih awal) dan Hari Krismas 18 Dis (5 hari lebih awal).

Berbanding pada 2017, pembayaran gaji awal sepanjang tahun berkenaan dibuat sebanyak tiga kali iaitu sempena Tahun Baru Cina dan Thaipusam, masing-masing pada 19 Jan, 2017, Hari Raya Aidilfitri (15 Jun) dan Hari Deepavali (11 Okt).

Daripada sela 30 hari yang biasa dilalui, tempoh antara pembayaran gaji boleh meningkat kepada 48 hari iaitu tempoh hampir 50 peratus lebih panjang daripada biasa!

Untuk rekod, selain jarak 48 hari yang dinyatakan di atas, sela antara bayaran gaji awal pada 2018 ialah sempena Tahun Baru Cina pada 8 Feb hingga 22 Mac dan Hari Raya Aidiladha pada 18 Ogos hingga 25 Septmasing-masing adalah 42 hari.

Sela bayaran gaji awal sempena Hari Krismas pada 18 Dis hingga 24 Jan, 2019 pula adalah 37 hari.

Sumber : Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.