fbpx
Now Reading
Hukum Bermain Mercun Sempena Aidilfitri

Hukum Bermain Mercun Sempena Aidilfitri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjelang Hari Raya Aidilfitri sudah tentu suasana malam meriah dengan bunga api dan mercun sebagai tanda meraikan perayaan terbesar bagi umat Islam di Malaysia. Namun, tidak kurang juga dengan kemalangan akibat bermain mercun di kalangan kanak-kanak.

Oleh itu apakah hukum bermain mercun di Hari Raya Aidilfitri?

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi penjelasan sebenar hukum bermain mercun ketika meraikan Aidilfitri.

Jelasnya, berdasarkan banyak nas mendapati bahawa hukum mercun adalah haram dan wajib dijauhi oleh umat Islam.

“Sudah sampai masanya semua pihak berganding bahu membasmi budaya mercun.

“Saban tahun pengulangan kisah duka, hiba dan kesedihan sentiasa berlaku. Islam mengajar kita saling menasihati agar kehidupan sentiasa harmoni,” katanya menerusi Instagramnya.

Ujarnya, membakar mercun di negara ini adalah diharamkan seperti mana termaktub dalam Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991.

Penguatkuasaan undang-undang ini akibat peningkatan kadar kecederaan dalam kalangan kanak-kanak.

Sumber : Gempak.com

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.