fbpx
Now Reading
Jangan Menyesal Muat Turun Aplikasi ‘Alarmy’ Jika Anda Susah Bangun Pagi!

Jangan Menyesal Muat Turun Aplikasi ‘Alarmy’ Jika Anda Susah Bangun Pagi!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anda sudah penat set jam berulang kali tetapi masih gagal untuk bangun pagi? Apa kata anda cuba aplikasi jam penggera ‘Alarmy’. Jam penggera yang menggunakan cara yang agak menjengkelkan untuk mematikan penggera menyebabkan aplikasi ini agak berkesan untuk membangunkan pengguna yang sering meminta masa tambahan 5 minit untuk bermalas-malasan.

Aplikasi ini menawarkan beberapa cara untuk mematikan penggera dan mempunyai tahap dari mudah hingga paling susah untuk mematika penggera.

Antaranya ialah pengguna dikehendaki untuk menjawab soalan matematik untuk mematikan penggera. Berdasarkan percubaan kami, boleh dikatakan soalan matematik yang diajukan boleh tahan mencabar. Lebih-kebih lagi apabila diselesaikan ketika baru sahaja terjaga daripada tidur. Tidak hairanlah mengapa aplikasi ini diikiraf sebagai aplikasi paling menjengkelkan oleh pengguna.

Anda boleh mencuba sendiri keberkesanan aplikasi ini dengan memuat turun aplikasi ini di AppStore dan Google Play.

Sumber : TheVocket

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.