5 Alternatif Lain Untuk Menggantikan Penyedut Minuman Plastik

Mulai Januari 2019 penggunaan penyedut minuman akan diharamkan di semua kedai dan restoran makanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar.

Namun perkara ini telah mendapat bantahan dari masyarakat dan mula dijadikan bahan jenaka pengguna di laman sosial. Mereka menggangap perkara ini perlu dikaji semula oleh pihak kerajaan.

Kepada para peniaga yang melanggar peraturan akan dikenakan kompaun tak lebih RM1,000.  Selain penyedut minuman, undang-undang ini juga diperuntukkan bagi penggunaan produk berasaskan biodegradasi seperti beg plastik dan bekas makanan

Sebelum ini, restoran makanan segera, Mcdonalds serta beberapa outlet besar seperti IKEA telah memulakan inisiatif ‘mengharamkan’ penyedut minuman kepada pelanggan.

Malaysia bukanlah negara pertama di dunia yang mengharamkan penyedut makanan, tetapi beberapa negara lain sudah melaksanakan langkah tersebut.

Britain bulan lalu mengikut jejak langkah Taiwan sebagai negara perintis yang bakal mengharamkan langsung penyedut minuman diperbuat daripada plastik ini di pasaran sebagai usaha memelihara kelestarian alam sekitar.

Jadi apa alternatif lain untuk menggantikan penyedut minuman plastik?

1. Penyedut Minuman Buluh

Buluh adalah sumber daya alam yang mudah diperbaharui dan punya banyak manfaat , termasuk menjadi alternatif penyedut minumam. Ringan namun kuat, Penyedut Minuman Buluh boleh dipakai kembali, dapat terurai secama semula jadi tanpa merusak lingkungan, dan tidak mengandung bahan kimia atau pewarna apapun. Penyedut Minuman Buluh boleh dipakai untuk minuman hangat maupun sejuk tanpa mengubah rasa minuman.

2. Penyedut Minuman Kertas

Kertas boleh menjadi alternatif straw untuk kegunaan sekali kerena mudah terurai. Warna dan coranya pun bermacam-macam dan lebih menarik dipandang. Kelemahan straw kertas adalah ketika celup terlalu lama di air akan larut dan mudah koyak.

3. Penyedut minumam silikon

Straw dari bahan silikon boleh dipakai ulang, mudah dibersihkan dan seperti botol bayi, ia boleh direbus dengan air panas agar tetap bersih. Bahan silikon boleh digunakan untuk minuman hangat maupun dingin. Selain itu, bahan silikon yang lembut dan aman pun tidak akan merosakkan gigi dan sesuai untuk anak kecil atau mereka mempunyai yang hobi menggigit straw.

4. Penyedut minuman besi

Straw dari bahan besi anti karat dan metal dapat digunakan berulang kali, kuat, dan boleh dibawa kemana-mana tanpa takut patah. Pilihan bentuknya pun ada yang lurus maupun membengkok sesuai selera kita. Paling penting jangan lupa mencuci dan mengeringkannya setelah dipakai untuk mencegah daripada bakteri . Biasanya straw besi dijual dalam bentuk set, h termasuk sikat pembersihnya.

5. Tidak menggunakan penyedut minuman

Yup, tanpa straw sama sekali. Kalau difikir semula, kita sebetulnya tak terlalu memerlukan peyedut minuman setiap masa dan boleh minum terus dari cawan. Menggunakan straw bukan sahaja boleh menjejaskan alam sekitar, malah diri kita. Salah satunya ialah, menggunakan straw boleh menyebabkan garisan kedut pada sekitar mulut kerana kita akan memuncunggakan mulut untuk menyedut minuman. Kesan lain adalah masalah pencernaan seperti kembung dan rasa tidak selesa pada perut kerana udara yang terkumpul di dalam usus.

Sumber : Cosmopolitan

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

9 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

9 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

9 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

11 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago