fbpx
Now Reading
Nak Makan Kerabu Macam Dekat Kedai Tomyam? Buat Sendiri Lagi Puas!

Nak Makan Kerabu Macam Dekat Kedai Tomyam? Buat Sendiri Lagi Puas!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerabu adalah seperti ratu salad, dan sebagai salad, ia adalah lebih kompleks dan pedas. Kerabu terdiri daripada campuran bahan-bahan yang menyegarkan. Ia boleh dijadikan sebagai hidangan utama dalam masakan Melayu dan Peranakan, serta banyak lagi masakan masakan Asia Tenggara kerana ia mempunyai pelbagai variasi.

Dengan menggunakan bahan-bahan segar, dan juga pelbagai jenis sayuran, anda pasti dapat menghasilkan hidangan yang cukup lazat dan sangat sihat untuk dinikmati. Anda boleh menikmati hidangan ini dengan nasi putih panas bersama lauk-pauk, ataupun juga boleh dijadikan sebagai salad pun boleh!

Ini adalah 3 resipi kerabu seafood:

1. Kerabu Sotong Limau

Bahan-bahan: 
– 500g sotong (direbus)
– 3 sudu besar sos ikan
– 3 sudu besar jus limau
– 1 sudu kecil gula
– 1 sudu kecil garam
– 5 biji cili padi (dihiris)
– 6 helai daun ketumbar (dicincang)
– 1/2 biji bawang besar (dihiris)
– 1 batang serai (dicincang)
– 1 biji tomato (dipotong empat)
– 2 biji cili merah (dihiris)

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, gaul sos ikan, jus limau gula, garam, cili padi, daun ketumbar, bawang besar, serai, tomato, cili merah dan sotong rebus.
2. Kerabu Sotong Limau sudah siap!

2. Kerabu Udang Mangga

Gambar: Tumis.my

Bahan-bahan:
– 1 biji cili merah (dihiris)
– 1/2 biji bawang besar (dihiris)
– 6 helai daun ketumbar (dicincang)
– 5 biji cili padi (dihiris)
– 1 biji mangga muda (dihiris)
– Limau

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, gaul sos ikan, gula, garam, mangga muda, cili merah, daun ketumbar, cili padi dan bawang besar.
2. Perah limau ke atas kerabu.
3. Kerabu Udang Mangga sudah siap!

3. Kerabu Kerang Taugeh

Gambar: Cikwankitchen

Bahan-bahan:
– 1 cawan kerang (direbus)
– 1 cawan taugeh (dicelur)
– 3 sudu besar sos ikan
– 3 sudu besar jus limau
– 5 biji cili padi
– 1 sudu kecil gula
– 1 sudu kecil garam
– 6 helai daun ketumbar (dicincang)

Cara-cara:
1. Di dalam mangkuk, gaul sos ikan, jus limau, cili padi, gula, garam, daun ketumbar, taugeh dan kerang rebus.
2. Kerabu Kerang Taugeh sudah siap!

Sumber: SAYS

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.