
Cuti Khas 6 Hari Untuk Pekerja Yang Tidak Merokok Di Jepun
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Adalah menjadi kebiasaan pekerja yang merokok akan keluar sebentar ketika waktu bekerja untuk melepaskan gian untuk merokok. Namun, pasti timbul rasa tidak puas hati dikalangan pekerja lain yang tidak merokok yang merasakan bahawa mereka yang keluar untuk merokok ini seolah-olah mencuri tulang.
Sebuah syarikat di Jepun telah memperkenalkan cuti khas berbayar selama enam hari buat pekerja yang tidak merokok memandangkan mereka bekerja lebih lebih masa berbanding pekerja yang keluar rehat untuk merokok.

Cuti ‘ganti rugi’ itu diperkenalkan apabila syarikat tersebut menerima banyak aduan daripada pekerja yang tidak merokok yang mengatakan pekerja yang merokok membawa banyak masalah dan mempengaruhi produktiviti syarikat.
Syarikat itu juga berharap perlaksaan cuti khas itu dapat memberi motivasi untuk pekerja berhenti merokok. Agak-agak kalau syarikat-syarikat di Malaysia buat macam ini, ramai tak yang mahu berhenti merokok?
Sumber: Vitdaily