
7 Hotel ‘Photoworthy’ Murah Di Bali
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
1. Brown Feather Hotel @ Seminyak
Hotel ini mempunyai aura seolah-olah anda kembali zaman 70-an. Hotel ini sangat unik dan ‘photoworthy’.
Alamat: Jl. Batu Belig No. 100 Kerobokan, 80361, Seminyak, Bali
Harga: RM140/sebulan
2. Koa D Surfer Hotel @ Canggu
Hotel ini semestinya mempunyai keunikannya tersendiri dan ianya terletak di tepi pantai. Dekorasi hotel ini juga akan membuatkan anda tertawan kerana ianya dihasilkan menggunakan pasir pantai.
Alamat: Jl. Pantai Berawa Gang Sri Kahyangan No 88, Berawa, Canggu North Kuta, Badung Regency, Bali 80361, Indonesia
Harga: RM141/sebulan.
3. Cara Cara Inn, Kuta
Hotel ini menjadi kegilaan ramai pelancong. Ini kerana lokasinya sangatlah cantik dan setiap sudut mempunyai sudut yang menarik untuk ambil gambar! Itu yang penting untuk si pelancong, bukan? Jika anda ke bali bersama rakan-rakan, ini hotel yang sesuai untuk anda!
Alamat: Jalan Kahyangan Suci, Lingkungan Pande Mas, Kelurahan Kuta, Kecamatan Kuta, Kapubaten Badung, Bali 80361, Kuta
Harga: Rm105/malam
4. Love F Hotel Bali by Fashion @ Kuta
Hotel ini cantik dan nampak eksklusif. Sesuai untuk mereka yang ke bali untuk berkerja atau pun bercuti!
Alamat: Jl. Raya Legian II, No 121, Kuta, Kapubaten Badung, Bali 80361,
Harga: RM150/malam.
5. Grandmas Plus Hotel @ Seminyak
Hotel ini membawa tema modern minimalis yang semestinya akan membuatkan anda terpukau! Tak sah kalau tak bergambar jika anda datang ke hotel ini kerana kawasannya memang cantik.
Alamat: Jalan Camplung Tanduk 99, 80361, Bali
Harga: Rm111/malam.
6. Fontana Hotel, Kuta
Hotel ini dikatakan telah dikunjungi oleh ramai artis terkenal. Ini kerana tema moden dan mewahnya yang telah menambat hati pengungjung. Hotel ini sangat sesuai jika anda ingin lebih relax semasa anda bercuti. Setiap sudut hotel ini sangat menawan.
Alamat: Jl Dewi Sri No. 68, Legian – Kuta
Harga: RM123/malam
7. Liberta, Seminyak
Hotel comel ini pula membawakan tema tropikal. Memang tak sah kalau pengunjung tak ambil beribu gambar jika menginap di sini. Kombinasi warnanya juga menyenangkan.
Alamat: Jalan Petitenget, No 2, 80361 Seminyak
Harga: RM130/malam.
Sumber: SAYS