fbpx
Now Reading
Wanita Marah Kena Tegur Kentut Kuat

Wanita Marah Kena Tegur Kentut Kuat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau anda nak melepaskan angin, seboleh- bolehnya biarlah di lokasi yang jauh daripada khalayak ramai. Jika anda  tak dapat tahan juga, jangan lah biar sampai orang lain dengar kentut anda. Lagipun, kentut di tempat terbuka dan kedengaran kuat pula sememangnya memalukan.

Gambar: SuratKhabar.id

Cuma kalau di Miami, bagi seorang wanita di sini, seorang lelaki menegurnya kerana kentut yang dilepaskannya berbunyi kuat dan didengari oleh lelaki tersebut. Itu menyebabkan dia hilang sabar dan mengeluarkan pisau sebelum ditahan atas tuduhan menyerang dengan senjata berbahaya tanpa niat membunuh, lapor portal berita Miami Herald, baru-baru ini.

Polis memberitahu kejadian yang berlaku selepas lelaki yang sedang berbaris mengeluh apabila terdengar bunyi kentut wanita itu. Lelaki itu kebetulan berada dekat dengan wanita berkenaan dan mula bertikam lidah mengenai bunyi kentut kuat.

Wanita didakwa mengeluarkan sebilah pisau dari dalam dompetnya dan memberitahu lelaki itu bahawa dia akan menyiat-nyiatnya, lapor polis. Selepas polis diminta datang di tempat kejadian, wanita terbabit ditemui tidak jauh dari situ dan ditahan sebelum ditempatkan di Pusat Tahanan Paul Rein.

Sumber: Metro

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.