Cara Mudah Kekalkan Baju Putih
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pakaian berwarna putih cepat kotor dan senang menjadi kuning. Lebih-lebih lagi jika baju tersebut merupakan uniform ataupun baju sekolah anak anda. Kalau dibasuh dengan kerap, ia mungkin berubah warna menjadi kusam dan warna putihnya makin luntur.
Jadi, kami kongsikan cara yang paling mudah dan menjimatkan untuk mengekalkan baju sentiasa menjadi putih yang telah dikongsi oleh Leena Hassan.
‘Sudah lama saya R&D dengan pelbagai formula & brand sabun baju untuk jadikan baju sentiasa putih . Tapi tidak pernah menjadi.
Guna clorok, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna vanish, kos tinggi. So….. Saya tanya sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse. Apa rahsia nurse² menjaga uniform untuk sentiasa putih?
Nahhhhhh…. Nin diaaaa cara² nya. Anda boleh cuba untuk uniform anak² sekolah nanti
Saya suka guna sabun Lux – Rose. Sebab bila baju dah kering, bau ros masih ada. Kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul tu tapi tak mengapa lah, saya tidak sibuk mana pun untuk menjadikan itu satu alasan
Rendam baju² putih dengan sabun lux yang diparut selama 1malam. Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa… Esoknya, terus on mesin basuh. Tidak perlu sental…’
1. Sediakan sabun buku
Anda boleh menggunakan apa-apa jenama sabun, asalkan ianya sabun buku.
2. Parut sabun buku
Parut sabun buku menggunakan pemarut. Dan kemudian simpan sabun yang telah diparut dalam bekas plastik.
3. Masukkan sabun buku yang telah diparut bersama baju yang ingin dicuci
Masukkan sabun dan juga pakaian yang ingin dicuci ke dalam mesin basuh.
4. Rendam semalaman dan basuh baju keesokan hari
Rendamkan baju bersama sabun semalaman untuk menanggalkan kotoran.
5. Baju menjadi putih berseri
Baju kembali menjadi putih seperti baru beli di kedai.
Sumber: FB Leena Hassan