Now Reading
Rupanya Ada Masjid Russia di Terengganu!

Rupanya Ada Masjid Russia di Terengganu!

Bermula dengan tujuan menggantikan masjid kayu yang sudah usang, masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Russia telah berjaya menarik perhatian orang ramai.

bernama.com

Masjid yang berada di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung itu dibina oleh Ahli Parlimen Besut Datuk Seri Idris Jusoh, kira-kira enam tahun lalu dengan kos RM4 juta hasil derma orang ramai.

kosmo.com.my

Kini, ia menjadi antara masjid ikonik di Terengganu kerana menarik perhatian orang ramai untuk datang ke sana sama ada menunaikan solat dan bergambar kenangan berlatar belakangkan masjid.

Difahamkan, masjid itu menjadi tumpuan kerana keunikan senibina yang berbeza daripada reka bentuk masjid lain di daerah dan negeri tersebut serta ditambah kombinasi warna kubah yang dicat berwana-warni menyebabkan masjid itu jelas kelihatan dari jauh.

Sumber: Harian Metro

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.