fbpx
Now Reading
10 Khasiat Teh Hijau

10 Khasiat Teh Hijau

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai yang percaya teh hijau memberikan banyak khasiat untuk badan kita. Satu kajian telah dijalankan ke atas lebih 40 ribu penduduk dewasa di Jepun yang minum teh hijau sekurang-kurangnya 5 cawan sehari menunjukkan jangka hayat mereka adalah lebih panjang.

Ini kerana teh hijau yang berasal dari Negara Cina ini melindungi tubuh mereka daripada serangan penyakit yang boleh membawa maut.

Berikut adalah 10 fakta kesihatan dari teh hijau:

1. Bahan-bahan bioaktif yang terdapat pada daun teh hijau kekal walaupun ia berubah menjadi air minuman anda. Jadi, air yang anda minum mempunyai banyak nutrien penting yang wujud dalam daun teh yang asal.

2. Teh hijau merupakan antioksidan yang amat bagus. Ia diperolehi daripada kandungan polifenol di dalamnya.

3. Nutrien yang terdapat di dalam teh hijau melindungi sel dan molekul dari kerosakan. Jadi, anda dilindungi daripada penyakit dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan pada kulit wajah anda juga berkurang atau hilang.

4. Pastikan anda memilih teh hijau yang berkualiti kerana teh hijau yang tidak berkualiti biasanya mengandungi flourida yang berlebihan.

Walaupun begitu, kebaikan yang ada dalam teh hijau berkualiti rendah masih tinggi.

5. Teh hijau mengandungi kafein yang kita tahu bertindak sebagai perangsang. Kandungannya tidaklah sebanyak yang ditemui di dalam kopi tapi cukup untuk memberikan kesan.

Gambar: Everyday Health

6. Kafein memperbaiki beberapa fungsi otak seperti memperbaiki mood, jangka masa tindak balas dan memori.

7. Selain kafein, ia juga mengandungi asid amino L-theanine yang memangkah halangan darah ke otak.

8. Theanine juga menyumbang kepada rasa tenang yang baik bagi mereka yang mengalami tekanan.

9. Kombinasi kafein dan l-theanine membantu dalam memperbaiki fungsi otak.

10. Ramai mengatakan yang meminum teh hijau memberikan tenaga yang stabil dan lebih produktif berbanding apabila mereka meminum kopi.

Sumber: Bidadari

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.