Bazar Ramadan Jalan TAR Akan Dipindahkan Ke Jalan Raja
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba bulan Ramadan, umat Islam di negara ini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk berkunjung ke bazar Ramadan yang berdekatan untuk membeli juadah berbuka puasa.
Untuk pengetahuan anda, bazar Ramadan di lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman(TAR) tahun ini akan dipindahkan ke lokasi terbaru iaitu di Jalan Raja yang berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, memberitahu bahawa lokasi bazar terbaru itu bermula dari lampu isyarat persimpangan Jalan Gereja hingga ke lampu isyarat persimpangan Leboh Pasar Besar merangkumi jarak 200 meter dan 12 meter lebar.
“Sepanjang operasi bazar Ramadan ini, kenderaan awam masih boleh melalui Jalan Raja. Tiada penutupan sepenuhnya Jalan Raja dalam tempoh bazar Ramadan itu beroperasi,” jelasnya.
Malah, susun atur petak niaga juga telah diselaraskan secara teratur untuk keselesaan peniaga serta pengunjung bazar lokasi baru itu nanti.
Selain itu, pasar malam Jalan TAR masih beroperasi seperti biasa di sana serta tiada pemindahan dilakukan buat masa ini.
Sumber: Astro Awani & Bernama