fbpx
Now Reading
Salah Satu Punca Sukar Dapat Zuriat Adalah Masalah Kegemukan Isteri

Salah Satu Punca Sukar Dapat Zuriat Adalah Masalah Kegemukan Isteri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Boleh dikatakan masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia semakin membimbangkan. Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, kira-kira 5.6 juta orang dewasa berusia 18 tahun ke atas di negara ini mempunyai masalah berat badan berlebihan manakala 3.3 juta lagi disahkan obes.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad membuat kesimpulan isteri yang gemuk menjadi salah satu punca pasangan di negara ini sukar mendapat zuriat.

Dr. Dzulkefly berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said, mengenai faktor peningkatan pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan di hospital-hospital awam dan swasta.

Selain masalah kegemukan, beliau turut mengatakan faktor pemakanan juga antara penyebab pasangan sukat mendapat zuriat.

“Mutakhir akhir zaman ini, kesuburan selain lelaki dan wanita antara lain telah saya bayangkan barang kali kegemukan isteri dan kekurangan suami . Kedua-duanya dikenal pasti punya kelemahan.

“Dan sama ada ia berbentuk immunologikal, hormon atau struktural atau apa pun sebabnya termasuk tiub falopio tersumbat dan sebagainya . Saya yakin juga daripada pemakanan adalah sangat mustahak,” katanya.

Sumber : Vitdaily

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.