fbpx
Now Reading
Kenapa Bangunan Ini Mempunyai Waktu Berbuka Puasa Yang Berbeza?

Kenapa Bangunan Ini Mempunyai Waktu Berbuka Puasa Yang Berbeza?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap negara mungkin mempunyai waktu berbuka puasa yang berbeza kerana perbezaan zon masa, begitu juga dengan menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

ketinggian berbeza, burj khalifah ada 3 zon berbuka puasa yang berbeza

Disebabkan itu, Mufti Besar Dubai telah mengeluarkan fatwa mengarahkan mereka yang berada dalam bangunan tersebut untuk mengubah waktu berbuka puasa bergantung pada tingkat mana yang mereka berada.

Kenapa ini terjadi?

ketinggian berbeza, burj khalifah ada 3 zon berbuka puasa yang berbeza

Ia adalah disebabkan pandangan waktu matahari terbenam sepenuhnya pada setiap tingkat adalah berbeza.

Waktu berbuka adalah apabila masuknya maghrib, iaitu keadaan bila matahari terbenam, dan hilangnya semua bulatan matahari ditelan bumi.

ketinggian berbeza, burj khalifah ada 3 zon berbuka puasa yang berbeza

Disebabkan ketinggian Burj Khalifa yang terlampau tinggi iaitu 828 meter dan 160 tingkat, berlaku perubahan waktu dalam melihat matahari terbenam di setiap tingkat.

Mereka yang berada ditingkat atas akan berbuka lebih lambat berbanding mereka yang berada ditingkat bawah, kerana orang yang berada di tingkat bawah melihat matahari terbenam lebih awal.

Mereka yang berada ditingkat 80 ke bawah akan berbuka puasa sama seperti orang lain. Tingkat 80 hingga 150, atau 414 meter ke atas akan berbuka puasa lambat 2 minit, manakala mereka yang berada ditingkat atas 150 pada paras 800 meter keatas, mereka akan berbuka puasa 3 minit lewat berbanding dengan tingkat bawah.

Namun, berbeza pula dengan waktu sahur, mereka yang berada diatas akan berpuasa lebih awal berbanding mereka dibawah kerana kelihatan ‘Fajar Sodiq’ atau waktu subuh di ufuk Timur adalah lebih awal untuk mereka yang berada di atas sekali.

Sumber: Roff of Science

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.