Perbezaan Persiapan Raya Dulu dan Sekarang
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menjelang Hari Raya yang akan tiba tidak lama lagi, semua umat Islam di Malaysia pasti teruja membuat persiapan bagi menyambut perayaan yang paling dinantikan setiap tahun.
Banyak perkara yang mesti diselesaikan beberapa hari sebelum Hari Raya antara yang penting adalah persiapan baju raya, makanan raya, persiapan rumah, dan banyak lagi.
Kalau kita ingat kembali waktu kita kecil-kecil dulu, memang banyak memori yang tak dapat dilupakan bukan? Lagi-lagi pada mereka yang lahir sekitar tahun 90-an, persiapan raya pada waktu dulu tak sama lagi dengan waktu sekarang.
Mungkin ini beberapa perkara yang akan mengingatkan kembali memori zaman kanak-kanak anda semasa membuat persiapan raya.
1.Tempah baju raya awal atau beli baju last minute
Baju raya adalah perkara yang paling penting! Kalau tiada baju raya, memang tak jadi mood raya kan?
Baju raya akan menjadi perkara utama apabila bermulanya bulan Ramadan, ibu ayah akan bawa kita ke kedai kain untuk membeli bermeter-meter kain untuk seluruh keluarga. Satu keluarga akan sedondon di pagi raya!
Berbeza pula pada zaman sekarang, kita boleh membeli baju raya pada bila-bila masa. Ada juga yang suka membeli baju raya pada saat-saat akhir kan?
Kita tidak perlu lagi bimbang kalau baju raya tak sempat siap kerana Tesco menyediakan pelbagai pilihan baju raya untuk seisi keluarga! Ada banyak pilihan dan yang penting harga berpatutan! Jangan risau kerana Tesco sentiasa ‘Menemani Anda’.
- Pelita buluh atau pelita moden?
Beberapa minggu sebelum menjelang Hari Raya, seluruh keluarga akan bersama-sama membersihkan kawasan rumah, sama ada mengecat dinding, atau menukar perabot baru. Tapi apa yang paling penting adalah decoration raya seperti pelita buluh bagi menceriakan lagi suasana dihalaman rumah.
Kalau di kampung, seluruh keluarga akan sibuk mencari buluh di hutan untuk membuat pelita. Banyak masa dan perkara yang diperlukan untuk memeriahkan suasana Hari Raya di kampung.
Mungkin kanak-kanak zaman sekarang mungkin tidak merasa pengalaman membuat pelita buluh, lagi-lagi kanak-kanak yang membesar di bandar yang sukar untuk mendapatkan buluh atau peralatan membuat pelita.Tapi sekarang anda tak perlu bimbang kerana di Tesco, semua barang-barang yang diperlukan untuk persiapan raya terdapat di sini! Daripada perabot rumah, penyapu, lampu kelip-kelip dan pelita semua ada di satu tempat yang sama!
- Masak atau beli makanan raya?
Ketupat, lemang, rendang, kuih raya dan banyak lagi merupakan makanan yang wajib ada semasa Hari Raya. Yang perempuan akan sibuk masak di dapur manakala lelaki pula merebus ketupat dan bakar lemang di luar rumah. Suasana ini yang menghidupkan kemeriahan sambutan Hari Raya kan?
Bahan-bahan yang diperlukan kena beli awal-awal sebab kalau tak memang licin dekat pasar! Nak masak pun perlukan masa yang lama kan?
Sekarang kita tak perlu ambil masa yang lama untuk menyiapkan masakan raya sebab semuanya mudah dan segera!
Ketupat segera, lemang segera, pes rendang, kuih raya dan banyak lagi boleh dibeli dan segalanya boleh terhidang dengan sekelip mata! Dekat mana lagi nak beli kalau bukan di Tesco! Tesco menyediakan pelbagai pilihan bahan-bahan masakan yang segar dan dengan harga yang berpatutan.
Macam mana pun persiapan raya anda, Tesco akan sentiasa menemani anda bersama keluarga tercinta bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah.
Apa pula kenangan persiapan Hari Raya anda semasa kecil? Cuba share sikit dengan kami!