fbpx
Now Reading
Jangan Pernah Serahkan MyKad Anda Kecuali Kepada 5 Golongan Ini

Jangan Pernah Serahkan MyKad Anda Kecuali Kepada 5 Golongan Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia adalah negara pertama di dunia yang menggunakan kad pengenalan diri yang menggabungkan teknologi cip dan biometrik demi keselamatan dan kesahihan pemiliknya. 

Selain itu kad pengenalan diri ini atau nama lainnya, MyKad juga berupaya menyimpan pelbagai data dan aplikasi di dalamnya seperti lesen memandu, maklumat kesihatan, maklumat pasport, data Touch n Go, dan juga Kad ATM.

Malahan sebarang permohonan pembiayaan kewangan turut memerlukan salinan MyKad sebagai dokumen wajib yang perlu disertakan bersama.

Ini membuatkan MyKad menjadi satu benda penting yang boleh dieksploitasikan untuk kegiatan jenayah.

Jadi adalah sangat penting untuk kita menjaga dan tidak sewenang-wenang memberikan dokumen pengenalan diri tersebut pada orang lain demi kebaikan diri sendiri.

Polis beri peringatan agar tidak beri kad pengenalan kepada orang lain

Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini telah memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak memberikan MyKad mereka kepada sebarangan orang.

PDRM dalam kenyataan turut menyenaraikan hanya 5 golongan yang boleh menyimpan dan memegang mykad orang awam iaitu:

#1 Pegawai polis.

#2 Pegawai Pendaftaran JPN.

#3 Pegawai Kastam

#4 Mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah

#5 Anggota tentera yang bertugas menjaga dan mengawas.

Mereka turut menekankan bahawa pengawal keselamatan di mana-mana premis termasuk di kawasan perumahan sama sekali tidak boleh memegang atau menyimpan MyKad orang awam.

Boleh dipenjara 3 tahun atau denda RM20,000

Ini kerana perbuatan memegang dan menyimpan kad pengenalan individu lain adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 25, Peraturan- peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi tiga (3) tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.