Elak Pasangan Curi Makanan , Lelaki Pasang Peti Keselamatan Peti Ais
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Lumrah orang bercinta, segalanya pasti dikongsi bersama. Yelah kekasih kita kan? Ada yang kongsi air bersama, kongsi duit utk holiday pun ada, dan ada juga yang kongsi password akaun media sosial mereka.
Pendek kata apa sahaja yang boleh dikongsi semua nak dikongsi kan?
Tapi tidak bagi seorang lelaki ini apabila tunangnya, Stacey Lowe berkongsi kepada umum mengenai sikap lucu lelaki berkenaan yang tidak mahu berkonsi makanan sehingga memasang peti keselamatan di dalam peti ais mereka
Difahamkan lelaki itu, Dave Williams bertindak sedemikian kerana Stacey selalu memgambil makanan miliknya terutamanya Cokelat. Jadi bagi mengelakkan perkara sama berulang Dave terus mendapatkan kotak berkenaan yang difahamkan di beli secara online.
Stacey yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kekasihnya terus mengambil gambar peti tersebut dan memuat naik ke akaun media sosial miliknya, yang menariknya posting tersebut setakat ini telah mendapat 53 ribu tanda suka 60 ribu perkongsian dan 114 ,000 komen.
Pasangan ini yang berasal dari Wales, UK difahamkan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Untuk korang yang nak tengok box tu kosong , ni gambar dia.
Sesuai digunakan untuk menyimpan ubat-ubatan , juga sesuai untuk menyimpan buah-buahan atau apa sahaja makanan yang sensitif dengan bau dalam fridge.
Dan yang paling penting sesuai untuk mereka yang taknak berkongsi makanan dengan dengan orang lain. hahaha!