Lelaki Viral Kahwin Dua Serentak Dicari JHEAINS

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai seorang lelaki di Semporna,Sabah yang dikatakan berkahwin dengan dua gadis serentak. Kisahnya yang jarang terjadi di negara kita telah menarik perhatian netizen selepas dikongsi oleh kenalannya di Facebook.

Terbaru, Jabatanan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)  melalui pegawainya di Sampoerna, Jamaluddin Dasi, meminta lelaki berkenaan untuk tampil munculkan diri ke pejabat JHEAINS bagi melengkapkan prosedur perkahwinan mereka.

Difahamkan pihak JHEAINS akan membantu pasangan poligami berkenaan termasuk menyelesaikan isu ‘kahwin kampung’ seandainya pengantin berkenaan menggunakan jurunikah tidak bertauliah ketika majlis pernikahan.

Turut beliau lagi, dari sudut undang-undang syariah negeri, pernikahan itu hanya akan dianggap sah dan akan didaftarkan jika mereka menggunakan jurunikah bertauliah yang dilatik JHEAINS, selain mengikuti beberapa prosedur yang ditetapkan berkaitan poligami.


“Kami mendapat maklumat berkaitan perkahwinan itu menerusi berita yang tersebar melalui media sosial semalam dan sejurus selepas itu kami membuat keputusan untuk menjalankan siasatan kerana sebelum ini tiada kes perkahwinan seperti ini dibawa ke pihak JHEAINS.

“Kami sudah ke kampung pasangan pengantin terbabit seperti yang dikatakan dalam berita itu untuk menjalankan siasatan dan membantu pasangan berkenaan, malangnya penduduk kampung yang ditemui tidak mengetahui perkara itu,” katanya ketika dihubungi Berita Harian .

Majlis perkahwinan berkeenaan yang diadakan pada Jumaat lepas (27 September lalu) di Kampung Pukas, Semporna dan dilaporkan dibuat secara ‘kahwin kampung’.

Difahamkan, pengantin lelaki sebelum ini sudah bertunang dengan seorang daripada dua  gadis terbabit di Kota Kinabalu sebelum mengenali dan bercinta dengan seorang lagi gadis ketika berpindah kerja di sebuah pusat peranginan di Pulau Mabul, di sini.

Gadis yang baru dikenali itu kemudiannya mengajak lelaki tersebut untuk berkahwin dan dalam masa yang sama, tunangnya di Kota Kinabalu turut menggesanya berkahwin dengannya. Lelaki itu kemudian membuat keputusan untuk menikahi kedua-dua gadis itu serentak.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

30 mins ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

53 mins ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

3 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

19 hours ago