
Pastikan Ada Beli 4 Kelengkapan Ini Jika Nak Selesa Masa Travel
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Travel memang menyeronokkan! tak kisahla sama ada pergi bercuti, lawatan sambil belajar atau mungkin trip bekerja. Yelah, sebab kita dapat lari dari rutin harian yang biasa kita lakukan.
Tapi ada satu perkara yang paling tidak menyeronokkan.
Berkemas! Ya berkemas!
Lagi-lagi bila kena beli kelengkapan travel kan? Nak cari itu nak cari ini. Kadangkala kalau boleh satu rumah nak dibawa bersama. Tapi kena ingat, sebaik-baiknya bawak barang yang betul-betul kita perlukan dan dapat membantu memudahkan urusan dan keselesaan kita semasa travel
Melalui perkongsian di Facebook, seorang pemuda, Ben Amir memberi cadangan kepada para travellers di luar sana untuk membeli 4 kelengkapan ‘wajib ada’ ini bagi memudahkan urusan dan yang paling penting– menambahkan keselesaan semasa mengembara.
#1 Alas mangkuk tandas

Benda paling wajib ada, sebab kebanyakan tandas umum di luar agak kotor. Tak percaya? Lihat pada bahagian pelapik tandas, di mana kebiasaannya ia akan dipenuhi kesan tapak kasut.
Melainkan anda melancong ke negara maju, dan negara yang rakyatnya mempunyai kesedaran sivik yang tinggi mungkin tak perlulah kan?
Boleh didapati di Shopee dengan harga RM 1 sahaja. 1 paket mempunyai 10 helai alas mangkuk tandas. Jangan terlampau berkira, beli 5 paket pun salah bukan sebagai backup?

#2 Botol Travel 4 in 1

Sangat ideal untuk mereka yang tak suka membawa banyak botol lagi-lagi yang pernah berdepan insiden botol menjadi bocor sehingga terkena pakaian dan barangan yang disimpan di dalam bagasi.
Satu yang bagus tentang botol ini, isi kandungannya yang kurang dari 100 ml memudahkan anda untuk membawanya di dalam beg kabin sekiranya menaiki kapal terbang. Dalam erti kata lain, selamat dibawa ke dalam kapal terbang.
Antara cadangan cecair yang sesuai diisi menggunakan botol ini :
- Losyen
- Minyak wangi
- Sanitizer (pembasmi kuman)
- Toner
- Peluntur mekap
- Krim siang
- Krim pelindung matahari dan macam-macam lagi selagi ianya cecair
#3 Beg kedap udara dengan Vacum

Satu lagi barang wajib ada kerana ia membantu menjimatkan ruangan dalam beg anda. Lagi-lagi bila pergi ke negara sejuk, mesti nak kena bawa jaket tebal kan? Nahh di sinilah kelebihan beg ini.
#4 Hanger jenis portable

Asal travel je mesti nampak baju tersepuk bersepah-sepah kan? Adakalanya di kerusi, meja makan dan yang paling teruk sekali atas lantai.
Yelah sebab kebanyakan tempat penginapan hanya meletakkan minimum kuantiti. Nak bawak dari rumah? Memang tidaklah– besar saiznya.

Jadi ini sahajalah solusi nya. Beli yang portable, bukan sahaja boleh digunapakai semasa travel atau berkhemah, malah di rumah pun boleh kan?
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda! Ada lagi barang ‘wajib ada’ yang korang selalu bawa? Kongsikan kepada kami! = )