Now Reading
Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber

Body Shaming Adalah Satu Perbuatan Jenayah Buli Siber

https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/photos/a.546416638701981/2735141763162780/?type=3&theater

Isu membuli bentuk fizikal seseorang  dengan mengejek dan menghina atau lebih dikenali sebagai body shaming begitu hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini 

Bukan sahaja masyarakat biasa, malahan selebriti dan figura umum kerap kali terpalit dengan isu body shaming ini. Apa yang pasti kebanyakan ejekan dan hinaan ini kerap kali terjadi di platform media sosial.

Namun tahukah anda, perbuatan body shaming ini sebenarnya adalah satu kesalahan jenayah? Kementerian Kesihatan Malaysia menjelaskan bahawa perlakuan mengejek, menghina, memalukan dan mengkritik tubuh badan orang lain sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.

Ini adalah satu jenayah buli siber yang jika tidak dibendung ia akan mengancam diri sendiri dan masyarakat

Agak memalukan namun kajianoleh Comparitech telah membuktikan bahawa Malaysia berada di tangga Ke-6 di dunia sebagai negara yang paling banyak menerima laporan buli siber sepanjang 2018

Polis Diraja Malaysia baru-baru ini telah memuat naik kenyataan meningatkan orang ramai yang perbuatan body shaming adalah satu jenayah

Kesalahan ini termaktub di bawah akta Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998(Akta 588) . Mereka yang didatapi bersalah boleh didenda tidak lebih Rm50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Jadi ingat elakkan dari berkelakuan sebegini, RM 50,000 bukan sikit-sikit, dan yang pasti body shaming bukan budaya kita.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.