fbpx
Now Reading
Unik! Pasar Temu Jodoh Tempat ‘Cari dan Beli’ Pengantin Perempuan Yang Hanya Ada Di Bulgaria

Unik! Pasar Temu Jodoh Tempat ‘Cari dan Beli’ Pengantin Perempuan Yang Hanya Ada Di Bulgaria

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun manusia dicipta untuk hidup berpasangan, namun jodoh tak semestinya datang bergolek. Pendek kata bukan mudah sebenarnya nak mencari dan  memilih pasangan hidup.

Kadangkala ada yang sudah mempunyai calon, namun pilihan berkenaan tidak dipersetujui oleh keluarga. Dah satu masalah lain pula yang timbul.

Yelah pilih pasangan hidup ni bukan semudah pilih baju – Suka, pastu tanya orang lain ok tak? Kalau mereka puas hati terus bayar dan bawak balik. Mana ada tempat macam tu kan?

Eh Sekejap! Ada!

Memang ada tempat macam tu, tapi jauh nun di Bulgaria!

Tempat berkenaan yang dinamakan Gypsy Bride Market adalah ‘pasar pengantin’ yang unik yang diadakan 4  kali setahun hanya di Stara Zagora, Bulgaria.

Macam tak percaya kan?

Namun ini adalah tradisi dan acara tahunan yang diadakan oleh masyarakat gipsy yang digelar Kalaidzhi dari keturunan Roma di negara yang terletak di timur Eropah ini.

Para gadis akan dihiasi dengan solekan tebal dan kebiasaannya akan dipakaikan dengan busana pengantin lengkap dengan kasut tumit tinggi berserta aksesori seperti ‘crown’ akan menunggu untuk dibeli oleh bakal suami mereka.

Bagi lelaki yang mencari jodoh pula, kebiasaannya mereka akan hadir ditemani keluarga terutamanya si ibu semasa proses mencari, menawar dan membeli calon isteri.  

Apa yang menariknya harga yang ditawarkan adalah dari RM12,000 sehinggala mencecah 24,000. Macam hantaran lah kan?

Yang cantik lagi mahal lah kebiasaannya. Difahamkan harga terendah yang pernah direkodkan adalah RM 1,600 sahaja.

Apa kata tengok vid di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.