fbpx
Now Reading
Orang Jalan Laju Hidup Lama Berbanding Jalan Santai – Penyelidik UK

Orang Jalan Laju Hidup Lama Berbanding Jalan Santai – Penyelidik UK

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka kadar kelajuan seseorang berjalan, boleh menjangkakan tempoh hidup mereka. Satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti of Leicester, UK menunjukkan manusia yang berjalan laju mungkin dapat hidup 15 tahun lebih lama berbanding manusia yang berjalan perlahan.

Kajian ini telah dijalankan selama 10 tahun di UK BioBank ke atas 474, 919 orang dengan purata umur 52 tahun dari bermula dari tahun 2006 sehingga 2016.

Hasil analisa menunjukkan wanita yang bergerak pantas mempunyai jangka hayat umur sehingga 87.8 tahun berbanding wanita yang bergerak secara santai 72.4 tahun. Manakala lelaki yang aktif dan bergerak laju sehingga 86.8 tahun berbanding lelaki yang berjalan secara santai 64.8

Selain dari itu, Laporan itu turut menyatakan, kadar kelajuan berjalan seseorang juga boleh dijadikan penanda aras bagi doktor untuk menilai tahap kesihatan seseorang di gabung bersama beberapa ujian lain.

Pada tahun 2011, Jurnal Persatuan Perubatan Amerika (JAMA) pernah mengeluarkan satu laporan kajian oleh seorang Profesor Perubatan Geriatrik, Stephanie Studenski yang menemui perkara sama: kelajuan seseorang berjalan boleh meramal jangka hayat seseorang.

Jadi macam anda, anda jenis yang berjalan pantas atau berjalan secara santai?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.