Now Reading
Rawat Demam Selsema Dengan Air Garam

Rawat Demam Selsema Dengan Air Garam

Bagai sudah menjadi tradisi apabila musim cuti sekolah pasti ramai orang yang mengalami penyakit-penyakit seperti demam, batuk dan sakit tekak terutamanya anak kecil. 

Kadangkala penyakit ini melarat selama beberapa tempoh walhal anda sudah pun memakan ubat.

Apa kata kami kongsikan kepada anda satu rawatan berkesan danmudah iaitu menggunakan air garam seperti yang pernah dikongsikan oleh laman Public Health Malaysia.

Rawatan Air Garam

Mereka yang mengalami demam selsema (demam/ batuk/ sakit tekak/ selsema) amat disarankan untuk menggunakan rawatan air garam.

Ini kerana sel tubuh manusia akan menggunakan klorida dari garam untuk menghasilkan cecair peluntur iaitu hypoclorus asid yang berfungsi sebagai pembunuh virus

Kaedahnya?

Kaedahnya mudah sahaja samada anda titikkan titiskan larutan air garam tadi ke dalam hidung bagi yang selsema atau berkumur 3 kali sehari menggunakannya buat mereka yang sakit tekak dan batuk.

Selain membunuh virus, titisan air garam di hidung juga berfungsi  sebagai agen mencairkan mukus pekat yang tersumbat pada saluran pernafasan.

Hasil kajian ringkas penyelidik mendapati, dengan menggunakan kaedah ini,

  • jangkitan dapat sembuh lebih pantas dalam tempoh kurang 2 hari.
  • risiko menyebarkan kuman kepada orang lain di kurangkan
  • dapat mengelakkan dari perlu mendapatkan rawatan di klinik dan menjimatkan kos
  • dapat mengelakkan penyalahgunaan antibiotik

Secara purata, seorang individu akan menghidap deman selsema 3 kali setiap tahun. Selain menyebabkan rasa tidak selesa, komplikasi serius seperti pnemonia juga boleh berlaku.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.