fbpx
Now Reading
Doktor Malaysia Perkenal Tudung Steril Pakai Buang Pertama Di UK

Doktor Malaysia Perkenal Tudung Steril Pakai Buang Pertama Di UK

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kewajiban bagi wanita islam untuk menutup aurat tidak kira apa sahaja pekerjaan dan dimana sahaja lokasi mereka berada sekiranya terdapat lelaki bukan mahram bersama mereka.

Namun demi menjaga tuntutan ini, seorang doktor rakyat Malaysia yang bertugas di United Kingdom, Dr Farah Roslan pernah diarahkan keluar secara terhormat sebelum menjalankan prosedur pembedahan bagi mengelakkan jangkitan dari tudung yang telah dipakainya sepanjang hari.

Hmm logik bukan? Dewan bedah perlu mengekalkan steriliti dan bersih dari kuman.

Bayangkan seorang doktor perlu mengharungi 10 pembedahan satu hari? adakah perlu tukar 10 helai tudung yang bersih setiap kali sebelum prosedur pembedahan.

Dipetik dari BBC, disebabkan peristiwa itu yang difahamkan berlaku sewaktu menjalani latihan di Royal Derby Hospital, Dr Farah telah mendapat idea untuk mencipta tudung steril jenis pakai buang untuk dewan bedah di negara tersebut.

Selain dari menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang wanita islam, dia juga dalam masa sama dapat menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor.

Saya guna tudung yang sama seharian, sudah tentunya tidak bersih dan sesuai untuk sesi pembedahan. Saya tidak selesa membukanya dan pernah dikeluarkan dari dewan bedah untuk kawalan jangkitan. – Dr Farah Roslan

Bagi merealisasikan ideanya itu, Farah menjadikan Malaysia, tanah kelahirannya tempat untuk mencari idea dalam mengeluarkan rekaan dan jenis fabrik yang bersesuaian.

Dan hasilnya tudung tersebut sudahpun digunakan dalam menjalankan tugas harian di hospital di sana semenjak awal disember lalu. Dia juga berharap agar tudung berkenaan satu hari nanti akan digunapakai di seluruh UK.

Namun setakat ini National Health Service (NHS) England memberikan kebebasan kepada setiap hospital di sana untuk menentukannya.

Pakar bedah Dr Gill Tierney,mentor kepada Farah yang turut ditemual BBC berkata pengenalan tudung itu adalah yang pertama seumpamanya di UK.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.