fbpx
Now Reading
Jenawa Mewah Buat Kasut Design Mi Segera

Jenawa Mewah Buat Kasut Design Mi Segera

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bercerita pasal fesyen, pasti ramai bersetuju dengan pandangan kami yang ia sebenarnya adalah satu perkara yang subjektif.

Citarasa makanan pun berbeza, apatah kan lagi fesyen dan penampilan bukan?

Ada yang selesa menjadi minimalis dan ada pula yang berfesyen tak ingat dunia. Ada yang lebih sukakan gaya yang seperti biasa dan ada juga yang sukakan gaya pelik dan ‘eksotik’ – yang tak masuk akal!

Namun disebabkan adanya permintaan terhadap barang-barang ‘pelik’ ini, maka ramai designer yang terus berani untuk menghasilkan koleksi super rare ini.

Sebagai contoh, jenama mewah antarabangsa, Balenciaga sebelum ini pernah menghasilkan skirt yang seakan tikar getar di dalam kereta dengan harga sekitar RM7,200.

Kini keluar satu lagi fesyen pelik, tapi bukan lagi skirt ok? Sebaliknya kasut!

Apa yang peliknya? Anda tengok dan nilaikan sendiri.

Rupanya macam mee segera kan?

Kasut ciptaan pemenang Anugerah Fesyen British 2019, Daniel Lee ini dikeluarkan untuk koleksi Pre-Fall 2020 bagi Jenama mewah dari Itali, Bottega Veneta.

Persoalannya, sekiranya mampu adakah anda akan membelinya?? Hahah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.