fbpx
Now Reading
Danial Hansen , Wakil Dari Malaysia Dinobat Juara Mister Tourism World 2019

Danial Hansen , Wakil Dari Malaysia Dinobat Juara Mister Tourism World 2019

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B7M2ge-InX9/https://www.instagram.com/p/B7Mh-vBIgkz/

Peserta Malaysia, Daniel Hansen sekali lagi mengulangi kejayaan Malaysia apabila dinobat sebagai juara pertandingan Mister Tourism World 2019 yang pernah dimenangi oleh Joshua Lennet pada tahun 2017.

Pertadingan edisi ke empat yang berlangsung di Paradise Bay Resort, Malta bermula dari 3 Januari sehingga 12 Januari 2020 itu turut menyaksikan Daniel menewaskan beberapa pencabar hebat dari Puetro Rico, Dominician Rep. , Belanda dan juga Brazil.

Daniel Hansen atau nama penuhnya Daniel Hansen Idris turut membawa pulang anugerah World Choice Award dan Best Physique pada pertandingan yang sama.

Pemuda kacukan Melayu-Denmark dan Cina yang berasal dari Sabah itu sebelum ini telah memenangi pertandingan Bachelor of Malaysia .

Tahniah diucapkan kepada Danial Hansen, pereka kostum Bobby Brian Garon dan pasukan mereka yang bertungkus lumus sepanjang pertanding berkenaan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.