GSC Aurum, Pawagam Mewah Yang Boleh Jadi Port ‘Dating’ Atau Kejutan Buat Tersayang

Kadang-kadang korang mesti buntu apakah jenis kejutan yang dapat korang lakukan untuk orang tersayang lagi-lagi pada hari yang istimewa .

Alih-alih buat perkara sama, belanja makan di mana-mana restoran dan kemudian tengok wayang . Kan?? Old fashion lah kawan !

Apa kata cipta kelainan dengan buat dua perkara dalam satu masa, tempat pun selesa. Tempat yang kami nak sampaikan ni memang Awesome habis!

Perkenalkan GSC Aurum Theatre!

Golden Screen Cinemas Sdn Bhd kini menawarkan pengalaman menonton movie secara mewah dan santai. Apa yang dimaksudkan dengan mewah dan santai? Dan apa kaitan ianya sebagai kejutan ataupun port menarik untuk berdating?

Aurum Theatre bukan sahaja menyediakan servis pembantu, dan tempat duduk yang super selesa. Disana juga terdapat pilihan minuman dan makanan ala-ala fine dining daripada Jin Gastrobar.

Sejauh mana keselasaan kerusinya? Tengok gambar di atas nampak dah selesa habis bukan?

Kerusi di Aurum Theatre direka khas secara eksklusif oleh jenama perabot gaya hidup mewah iaitu Getha. Bukan setakat boleh di sandar ya tuan-tuan dan puan-puan, posisinya juga boleh di ubah sehinggakan korang boleh berbaring!

Setiap tempat duduk turut dilengkapi bantal dan selimut daripada jenama Getha. Kebersihan? Usah khuatir, kerana segala sarung seperti di bantal dan tempat duduk serta selimut akan ditukar setiap kali habis tayangan bagi menjamin keselesaan penonton.

Selain itu setiap kerusi dilengkapi dengan kemudahan ‘wireless charger’ bagi telefon serta meja sisi dengan ruang penyimpanan serta lampu peribadi.

Berkaitan makanan pula, ini yang kami maksudkan lakukan 2 perkara dalam satu masa. Korang boleh menikmati makanan yang dipesan sambil menonton movie pilihan korang!

Antara pilihan makanan yang terdapat di Aurum Theatre

Pelbagai masakan dari hidangan pembuka selera hinggalah ke menu utama turut ditawarkan oleh Jin Gastrobar. Yang menariknya makanan disini bukanlah makan tersedia ada atau makanan segera, sebaliknya semuanya dimasak fresh oleh chef berpengalaman sebaik sahaja korang membuat pesanan. Dah nama pun ala-ala fine dining bukan?

Dan satu lagi! Sekiranya korang terlupa atau buat buat lupa dalam membuat pesanan makanan ,tak perlu risau, kerana korang masih boleh membuat pesanan di dalam pawagam . Ya semasa movie sudah pun bermula!

Dengan layanan 1st class macam ni pasti kejutan atau rancangan ‘dating’ korang akan berjalan dengan sempurna!

Harga tiket?

Berapa riban semua ni?  Tiket nya adalah RM120 dan RM150 bagi satu tempat duduk termasuk dengan makanan dan minuman yang terpilih. Bunyi macam menarik bukan??

Lokasi?

Buat sementara ini, Aurum Theatre hanya terdapat di dua tempat iaitu  di The Gardens Mall, Kuala Lumpur dan satu lagi di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

Tak salah bukan jika sesekali berbelanja mewah untuk orang tersayang, semuanya berbaloi dan korang pasti puas hati!

Saksikan video dibawah :

Satu yang pasti Aurum Theatre akan menjadi pengalaman luar biasa buat korang dan pasangan !

Foto : GSC Malaysia

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

22 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

23 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

23 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

23 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago