fbpx
Now Reading
Gemar Simpan Makanan? Sila Ambil Tahu Beza Antara 3 Label Ini: Best Before, Use By dan Expiry Date

Gemar Simpan Makanan? Sila Ambil Tahu Beza Antara 3 Label Ini: Best Before, Use By dan Expiry Date

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannya, kita akan menyimpan makanan ‘basah’ atau bahan masakan di dalam peti sejuk bagi memastikan makanan tersebut boleh bertahan lama. Manakala makanan ‘kering’ seperti makanan bertin yang memerlukan suhu bilik dan kering pula akan disimpan di dalam stor makanan atau ruangan kabinet.

Agak mudah untuk mengetahui jangka hayat sesuatu produk tersebut memandangkan kesemuanya memiliki label ‘tarikh luput’ tersendiri.

Namun adakah korang perasan, terdapat 3 jenis label atau terma berbeza yang digunakan oleh pengeluar dalam menentukan tarikh luput sesuatu produk makanan di negara kita iaitu :

  • Best before (Baik sebelum)
  • Use By/Before (Guna sebelum)
  • Expiry Date ( Tarikh luput
Foto : Greatist

Mesti ramai perasan bukan? Tapi persoalannya apakah sebenarnya maksud di sebalik ketiga-tiga perkataan tersebut? Terus kan membaca perkongsian kami di bawah:

#1 Best Before (Baik sebelum)

Foto : The Guardian

Label Best Before merujuk kepada situasi dimana pengguna hanya dijanjikan kualiti dan kesegaran yang terbaik daripada produk tersebut sebelum tarikh yang dinyatakan.

Namun begitu, produk sebegini kebiasaanya masih selamat untuk diambil walaupun sudah melepasi had tarikh pada label. Cuma pastikan anda bau makanan tersebut terlebih dahulu. Jika semuanya ok silakan.

Makanan contoh adalah roti, susu, dan telur.

#2 Use by/Use before (Guna sebelum)

Foto : Fruitnet.com

Use Before / Use by atau dalam bahasa melayu, Guna Sebelum merujuk kepada situasi dimana sesuatu produk tersebut hanya boleh digunakan/dimakan sehingga tarikh yang dinyatakan.

Kebiasaannya makan jenis begini akan rosak selepas tarikh yang tertulis pada labelnya. Jadi elakkan dari memakan makanan yang telah melepasi tarikhnya.

Makanan contoh ialah produk sejuk beku seperti daging, ikan dan salad.

#3 Expiry Date (Tarikh luput)

Label jenis Expiry date atau dalam bahasa Melayu, tarikh luput biasanya digunakan oleh pengeluar untuk memberitahu pengguna bilakah tarikh terakhir produk tersebut boleh digunakan.

Sama seperti label Use by/use before produk sebegini apabila sudah melepasi tarikh yang dipaparkan ianya tidak lagi selamat untuk digunakan, malah kandungan nutrisi produk selepas tarikh luput tidak sama seperti yang dipaparkan pada label.

Makanan contoh ialah produk-produk berbentuk cecair seperti susu tin, juga serbuk seperti susu formula dan makanan dalam tin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.