fbpx

Lelaki Perdaya Google Maps Dengan Menghasilkan Traffic Jam ‘Palsu’ Dengan 99 Handphone [Video]

Rasanya kebanyakan orang kini sudah menganggap penggunaan aplikasi GPS seperti Google Maps dan Waze adalah satu perkara wajib sewaktu memandu,

Malah ramai lebih memilih untuk menggunakan sebelum memulakan sesuatu perjalanan hanya dengan tujuan untuk memeriksa keadaan semasa trafikmengelak dari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas .

Namun tiada siapa menyangka seorang lelaki, Simon Weckert telah mencuba sesuatu kelainan dengan membuat ujikaji aneh iaitu mengaktifkan aplikasi Google Maps di semua 99 handphone yang dimilikinya hanya untuk mencipta traffic jam ‘palsu’

Dia membuat ekpserimen tersebut dengan berjalan kaki sambil menarik sebuah kereta sorong yang mengandungi kesemua 99 telefon pintar di sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan ibu pejabat Google dan Youtube di bandar Berlin, Jerman.

Weckert dengan kereta sorong yang digunakannya dalam eksperimen tersebut : Foto : Simon Weckert

Hasilnya, semua jalan yang dilaluinya bertukar menjadi merah dan ‘sesak’ . Ini menyebabkan ramai orang tertanya-tanya mekanisme yang digunakan Google dan mengesan kesesakan lalu lintas.

Memetik dari Business Insider, seorang jurucakap Google tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan aplikasi Google Maps menentukan tahap trafik sesuatu tempat dengan menghantar ‘ping’ pada telefon pintar yang menggunakan aplikasinya dan hasil ‘sumbangan maklumat dari komuniti Google Maps sendiri’

Troli yang digunakan untuk membawa 99 telefon pintar sewaktu eksperimen tersebut.

Ini bermakna sekiranya terdapat banyak pengguna Google Maps di atas jalan sesuatu kawasan yang bergerak perlahan, aplikasi ini secara automatik akan menunjukkan isyarat sesak di jalan tersebut.

” Kami sudah pun hadir dengan kebolehan untuk membezakan kenderaan jenis kereta dan motosikal di beberapa negara termasuk India, Indonesia dan Mesir, namun masih belum pantas untuk mengesan perjalanan dengan gerabak kecil

See Also

“Kami menghargai penggunaan Google Maps secara kreatif seperti dimana ia dapat membantu Google meningkatkan kemampuan aplikasi peta-petanya dengan lebih baik pada masa depan,” katanya kepada portal itu lagi.

Tonton ‘eksperimen’ video tersebut di bawah :

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.