fbpx
Now Reading
Kerana Covid-19, Mobile World Congress Dibatalkan

Kerana Covid-19, Mobile World Congress Dibatalkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya hasrat ramai Tech Geek untuk menyertai kongres komunikasi mudah alih terbesar di dunia, Mobile World Congress di Barcelona terpaksa dilupakan selepas penganjurnya, Persatuan GSM (GSMA) memutuskan untuk membatalkan kongres tersebut.

MWC yang lazimnya mampu menarik kunjungan 100,000 orang tetamu dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 27 Februari ini namun terpaksa dibatalkan ekoran penularan wabak novel Koronavirus ataupun nama barunya, COVID-19.

Dalam satu kenyataan, CEO GSMA, John Hoffman berkata, acara itu terpaksa dibatalkan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan di Barcelona, dan Sepanyol sebagai negara tuan rumah.

Malah keputusan membatalkan acara ini juga dilakukan tidak sampai beberapa jam selepas beberapa syarikat besar seperti Vodafone, Nokia, Deutsche Telekom, BT (dari Britain), Rakuten (dari Jepun), mengumumkan untuk menarik diri.

Pekerja dilihat menurunkan banner MWC selepas pembatalan diumumkan oleh GSMA

Terdahulu beberapa gergasi lain seperti LG, Ericsson, Nvidia, Amazon, Sony, NTT Docomo, Gigaset, Umidigi, Intel, Vivo, McAfee, Facebook dan Cisco, telah memutuskan untuk tidak menyertai MWC.

Difahamkan kebanyakan tetamu yang dijangka hadir bagi MWC edisi 2020 ini adalah pembuat telefon dari China.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.