fbpx
Now Reading
“Sedih Lihat Cara Fesyen Tudung Nampak Leher Dan Telinga..” – Yatt Hamzah

“Sedih Lihat Cara Fesyen Tudung Nampak Leher Dan Telinga..” – Yatt Hamzah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8gXk4bAq3g/

Lama tak dengar cerita mengenai pelakon pengacara dan usahawan Yatt Hazmah. Kali terakhir adalah berita dia melahirkan anak keempat pada bulan Disember tahun lalu.

Yatt atau nama betulnya Haryati Hamzah baru-baru ini meluahkan rasa kecewanya mengenai sikap sesetengah artis yang memakai tudung tetapi tidak mengikuti syariat islam.

Menerusi Instagram dia meluahkan rasa sedihnya melihat cara fesyen tudung masa kini yang menampakkan leher dan telinga sedangkan itu adalah sebahagian daripada aurat yang wajib ditutup bila bertudung.

“Lebih sedih bila artis yang bertudung berfesyen begitu hingga menjadi ikutan.

“Dalam drama petang-petang pun sama sampai jadi trend. Ya Allah bantulah kami. Tunjukkan kami jalan yang benar,” tulis Yatt pada gambar entri tersebut.

Yatt dalam masa turut berkongsi pesanan kepada para suami dan wanita di luar sana yang merupakan ayat Al-Quran dan hadis di ruangan kapsyen

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Surah Al-Ahzab : 59]

“Aku perhati atau melihat dalam syurga, maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA. [hadis Riwayat Bukhari]

“Iman seakan-akan menjerit apabila melihat mereka yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna.

“Sedarlah duhai wanita kalian dikasihi ALLAH.. Tutuplah auratmu dengan sempurna. Wallahi, aku menulis dan berpesan ini LILLAHITAALA hanya kerana-MU, untuk diriku juga kerana aku ada anak-anak perempuan yang sedang membesar menjadi dewasa dan bakal menjadi ibu sepertiku. Jauhkan mereka dari perkara-perkara mungkar,” tulis Yatt sebagai kapsyen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.