fbpx
Now Reading
Pencinta Alam Sekitar Ini Berhenti Guna Tandas Sejak 1945, Jadikan Najis Sebagai Baja

Pencinta Alam Sekitar Ini Berhenti Guna Tandas Sejak 1945, Jadikan Najis Sebagai Baja

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi mereka yang menggemari aktiviti hiking atau camping, pasti mereka pernah merasai pengalaman ‘membuang’ di kawasan outdoor kan? Walaupun tak ramai yang menggemari keadaannya tapi demi menyahut nature calls kan?

Namun tanggapan anda agak berbeza dengan seorang lelaki dari Jepun ini.

Menggelarkan dirinya seorang pencinta alam, seorang lelaki dari Jepun, Masana Izawa nekad berhenti daripada menggunakan tandas sejak 45 tahun lalu hanya dengan satu tujuan; bagi melaksanakan komitmennya terhadap konservasi alam sekitar iaitu menjadikan najisnya sebagai baja semula jadi.

Lelaki berumur 69 itu turut mengakui sepanjang 45 tahun itu dia telah pun membuang air besar lebih dari 15,000 kali dan hanya menggunakan tandas sebanyak 14 kali bagi memastikan tumbuhan di tempat tinggalnya mendapat baja secara konsisten.

Agak pelik bukan ? Malah tindakannya turut mendapat kritikan masyarakat setempat namun lelaki dari wilayah Ibaraki itu tidak mengendahkannnya dan percaya tindakan yang dilakukannya adalah betul

“Ada yang berkata tabiat saya jijik, tidak bersih dan melanggar undang-undang.

“Saya aktivis alam sekitar dan tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya.

Dalam masa sama Izawa turut menekankan yang dia tidak akan sesekali membuang air besar secara semborono dengan mencemarkan zon bersih

“Jika ada yang memilih untuk mengikut cara saya, pastikan anda memilih lokasi yang betul dan tidak mencemari zon bersih.

“Pastikan anda menggali lubang dan menutupnya,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.