Stres Punca Golongan Muda Maut Terkena Serangan Jantung

Industri hiburan negara yang sebelum ini dikejutkan dengan pemergian pelawak, Abam Bocik sekali lagi mendapat satu perkhabaran duka apabila pelakon Ashraf Sinclair menghembuskan nafas terakhirnya semalam sekitar jam 4 pagi waktu Malaysia.

Pemergian yang mengejutkan ramai pihak kerana Allahyarham Ashraf atau nama betulnya Ashraf Daniel Mohamad Sinclair meninggal dunia kerana serangan jantung, sedangkan faktor umurnya yang muda selain menjalani kehidupan yang sihat malah tidak menghidap sebarang penyakit.

Pemergian Ashraf mengejutkan ramai kerana faktor umur yang muda dan gaya hidupnya yang sehat.

Terbaru, pakar kesihatan mendedahkan faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung adalah disebabkan stres.

Memetik Sinar Harian, Dr Zubaidi Ahmad, pengamal perubatan am menjelaskan selain faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, serangan sakit jantung juga boleh terjadi disebabkan stres. Ini telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.

“Stres itu menjadi penyebab masalah serangan sakit jantung dalam kalangan orang muda. Banyak penemuan baharu yang diterbitkan dalam jurnal. Kita tengok stres berlaku kepada kebanyakan orang. Stres ini akan menyebabkan jantung kita tidak berfungsi dengan normal.

“Sesetengah orang, dia ingat dia tiada stres tetapi kalau lihat degupan jantung, degupannya laju. Tak cukup tidur, asyik bermimpi, naik baran tetapi dia kata dia tiada stres. Stres ini sukar dikesan bukan seperti penyakit kronik yang lain.

“Stres dalam golongan orang muda ini saya percaya pertama keadaan pekerjaan, kewangan, hubungan sesama kawan dan masalah persekitaran. Masalah ini akan menjadi penyebab kepada stres dan bahaya. Cuma tidak ada orang yang rasa dia stres,” katanya kepada portal berita berkenaan.

Tambah Dr Zubaidi lagi, dia sebagai pengamal perubatan pernah berhadapan dengan beberapa pesakit kronik yang berpunca dari stres.

“Contohnya saya berdepan kes seorang lelaki yang merupakan pengajar kecergasan di gimnasium. Disebabkan dia banyak bekerja, tak banyak rehat, dia sendiri mengaku dia kena strok.

“Begitu juga dengan selebriti dan pelakon. Mereka banyak terlibat dengan penggambaran. Tidak cukup tidur. Itu menyebabkan stres pada diri dia dan mungkin ditambah dengan stres sekeliling. Anak dan isteri terpaksa tinggal. Ini menyebabkan jantung dia mengalami masalah fungsi,” katanya.

Selain dari Ashraf, beberapa selebriti dan ahli sukan sebelum ini juga telah disahkan meninggal dunia kerana masalah jantung antaranya , Hani Mohsin , Faizal Yusof, Syamrin Fotograf dan atlet Mohd Suffian dan Jacky Ng Kiat Kee

Foto utama : Sinar Harian

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

12 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

12 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

12 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

14 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

15 hours ago