fbpx
Now Reading
“Kalau Tengok Orang Beratur Beli Makanan Murah, Percuma Jangan Pandang Rendah, Hina” – Nasihat Fedtri Yahya

“Kalau Tengok Orang Beratur Beli Makanan Murah, Percuma Jangan Pandang Rendah, Hina” – Nasihat Fedtri Yahya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B8y0yUugV-T/

Sebelum ini kami ada melaporkan yang restoran makanan segera KFC, sempena tarikh cantik 20/2/2020 ada menawarkan promosi dua set snack plate pada harga RM20 bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Promosi buat julung-julung kalinya itu telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari orang ramai yang bertindak membanjiri kesemua rangkaian restoran makanan segera berasal dari Amerika dari awal sehinggalah ke hujung promosi .

Namun di sebalik promosi menarik itu, timbul pula suara suara kecil yang seakan memerli dan berbaur hinaan ekoran tularnya banyak foto di media sosial yang memperlihatkan orang ramai sedang beratur panjang untuk mendapatkan harga promosi di restoran makanan segera KFC.

Foto : Pembaca Buzzkini, Shazlan Lan dan Mighul

Merasakan tindakan itu agak keterlaluan, pengacara dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya menegur pihak terbabit yang dilihat seperti suka memandang rendah pada orang lain

Walaupun Fedtri menulis di Instragramnya secara umum dan langsung tidak membabitkan mana-mana pihak, namun kebanyan netizen mengaitkannya dengan promosi yang dijalankan oleh KFC semalam

“Saja nak cakap. Kalau tengok orang beratur untuk beli makanan murah, percuma dan sewaktu dengannya… Jangan pandang rendah atau menghina ya!!!

“Bagaimana boleh terfikir perkataan ‘kebulur’, ‘lahap’, ‘sengkek’, ‘hadap sangat’ dan pelbagai perkataan jelik” tulis pengacara itu sebagai kapsyen

Tambah personaliti terkenal itu lagi, mereka seharusnya bersangka baik daripada mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan terhadap mereka yang beratur sebagai sengkek, pelahap atau hadap.

“Ada orang yang memang berjuang nak suap insan-insan di rumah. Ada yang mencatu makanan. Ada yang meminjam… asalkan perut anak-anak terisi. Kalau kaya sangat, buat diam sajalah. Tak perlu berkata sesuatu yang menyakitkan hati,” tulisnya lagi.

Dilihat ke ruangan komen, rata-rata pengikut Fedtri menyokong perkongsiannya, malah ramai yang berterima kasih kepada syarikat makanan segera tersebut dengan adanya promosi sedemikian.

Kerana tanpa kita ketahui mungkin ada individu yang sebelum ini tidak dapat menikmati makanan tersebut, dapat merasainya walau pun hanya sekali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.