fbpx
Now Reading
Peminat Cilik MU Hantar Surat Pada Jurgen Klopp Merayu Agar Liverpool Tidak Menang Lagi

Peminat Cilik MU Hantar Surat Pada Jurgen Klopp Merayu Agar Liverpool Tidak Menang Lagi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehebatan pasukan Liverpool dalam saingan Liga Premier England (EPL) tahun ini memang tidak dapat disangkal lagi.

Ianya dibuktikan apabila The Reds menjadi satu-satunya kelab yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam EPL setakat ini.

Malah kekuatan pasukan kendalian Jurgen Klopp juga tidak dapat ditandingi mana-mana kelab sehinga berjaya menjarakkan jurang dengan pencabar terdekat mereka, Manchester City dengan perbezaan 22 mata hasil dari 25 kemenangan dan satu keputusan seri.

Namun dalam kesibukan kesemua pasukan ini untuk mengharungi 12 lagi perlawanan getir, seorang peminat cilik dari pasukan Manchester United menjadi topik hangat di England apabila dikatakan telah menghantar sepucuk surat kepada Klopp dipercayai bagi tujuan tugasan sekolahnya.

Yang menariknya, didalam surat tersebut, kanak-kanak itu, Daragh Curley, 10, dari Donegal , Ireland dikatakan telah merayu pada Klopp untuk membenarkan pasukan Liverpool kalah dalam pertemuan-pertemuan berikutnya.

“Liverpool sudah memenangi terlalu banyak perlawanan. Jika anda menang sembilan lagi perlawanan, maka anda akan mempunyai rekod tanpa kalah terbaik dalam bola sepak Inggeris. Menjadi seorang peminat United sangat menyedihkan.

“Jadi bagi perlawan Liverpool selepas ini, tolong buatkan mereka kalah. Awak patut benarkan kelab lain untuk jaringkan gol dalam perlawanan nanti. Saya harap saya telah meyakinkan anda untuk tidak memenangi liga tersebut atau perlawanan lain lagi selepas ini”, tulis Daragh dalam surat tersebut.

Namun tanpa dia menyangka, pengendali pasukan Liverpool itu telah membalas surat yang dikirimkannya sambil memuji semangat si anak kecil, namun bertindak menjelaskan pasukan Liverpool tidak akan mensia-siakan mata perlawanan seperti yang diminta olehnya.

Malangnya, di kesempatan ini, saya tidak dapat menunaikan permintaan anda, bukan melalui pilihan.

“Sebagaimana anda menginginkan kekalahan berpihak kepada Liverpool, ia adalah tugas saya untuk melakukan segalanya bagi membantu kelab itu untuk menang kerana jutaan orang di seluruh dunia yang mahukannya berlaku, jadi saya tidak mahu mengecewakan mereka.

“Dulu, kami telah pun kalah dan kami akan kalah lagi dalam perlawanan akan datang kerana ia merupakan bola sepak,”, tulis Kloop pada surat yang kini tular dilaman sosial.

Klopp turut menambah pasukan Red Devil sangat beruntung memiliki peminat seperti Daragh yang begitu sayang pada kelab bola sepaknya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.