fbpx

Wanita Ini Berbelanja Ribuan Ringgit Setiap Bulan Hanya Untuk Jadi Baby Dewasa

Kerana hobi, banyak orang sanggup menghabiskan wang ringgit, tenaga dan masa hanya untuk mencapai kepuasan. 

Sebagai contoh peminat kereta yang sanggup berhabis ribuan ringgit asalkan kereta mereka kelihatan menarik atau pun kaki pancing yang sanggup berhabis untuk membeli alatan seperti joran terbaik serta sanggup berjemur hanya untuk mengejar kepuasan menangkap ikan.

Namun semua itu biasa lagi bukan? Tapi yang ini tidak.

Paigey Miller, 25 seorang pereka kandungan dari kawasan Pantai Timur, Amerika Syarikat sanggup berhabis £230 ( RM 1247) setiap bulan hanya untuk mengekalkan gaya hidupnya sebagai seorang ‘bayi dewasa’

Hm kedengaran pelik bukan?

Yang menariknya perbelanjaan bulanan Paigey sebagai bayi ditampung oleh 426 individu yang melanggani laman webnya, sebuah portal yang pada Paige akan membantu golongan sepertinya menghilangkan rasa malu dengan hobi dan minat sedemikian

Dia yang mula menjalani kehidupan seperti seorang bayi dari Mei 2018 akan memulakan rutin paginya dengan bangun tidur dari ‘katil bayinya’ dan kemudian akan menukar lampin pakai buang yang digunakan.

Dia kemudiannya akan melakukan beberapa aktiviti kegemarannya iaitu dengan bermain barang permainan termasuklah koleksi Barbie dan Polly Pocket sebelum mula membuat online content untuk komuniti online Adult Baby Diaper Lovers (ABDL) semua komuniti untuk ‘baby’ dewasa.

Satu yang pasti walaupun minatnya ini agak pelik dan sering dipertikaikan oleh orang ramai, keluarga dan rakan-rakannya dapat menerima segala perilakunya.

“Saya gemar mengumpul permainan dan memang ada perangai lucu sebagai seorang budak. Semua kawan dan keluarga dapat menerima diri saya.

“Saya mencari di Internet untuk melihat jika ada individu lain seperti saya dan agak mengejutkan rupa-rupanya wujud komuniti seperti kami.

See Also

“Saya mencari di Internet untuk melihat jika ada individu lain seperti saya dan agak mengejutkan rupa-rupanya wujud komuniti seperti kami.

Malah difahamkan dengan gaya hidup seperti itu dia sebenarnya sudah pun bertunang selama 5 tahun dengan seseorang yang memahami minatnya.

“Saya bertunang dengan seseorang sejak lima tahun lalu. Dia tidak menjalani gaya hidup bayi ini tetapi sangat menyokong saya,” katanya.

Hmm memang pelikk.. Agak-agak dekat Malaysia ada ke yang teringin atau simpan hasrat nak jadi baby dewasa jugak?

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.