Dr Amalina Lancar Laman Web Sendiri Jawab Soalan Netizen
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum tahu yang Dr Amalina Bakri kerap berkongsi nasihat dan pesanan berkaitan perubatan di laman Twitternya, malah akaunnya sering menjadi rujukan dan tempat Q&A bagi kebanyanak netizen di negara kita.
Merasakan dia banyak berkongsi nasihat dan kerap kali menjawab soalan kepada permasalahan kesihatan di Twitter, Dr Amalina semalam mengumumkan telah melancar lawan webnya sendiri ; Ask Dr Amalina dengan tujuan sama seperti yang dilakukan di Twitter; untuk berkongsi ilmu perubatan kepada masyarakat.
Website ‘Ask Dr Amalina’ itu menurutnya akan berkongsi maklumat berkaitan bidang kesihatan kepada masyarakat umum.
“Saya telah berkongsi pengetahuan perubatan dan fakta berdasarkan bukti penyelidikan di media sosial sejak beberapa tahun, dan kini saya rasa sudah tiba masanya membawanya ke peringkat seterusnya.
“Saya sangat teruja dengan projek baru ini dan harap anda semua dapat belajar sesuatu yang baru.” umumnya di Twitter
Dr Amalina bagaimanapun menjelaskan laman web berkenaan bukanlah platform untuk netizen mendapatkan ‘consultation’ secara peribadi.
“Ini hanyalah platform untuk berkongsi info dan maklumat kesihatan secara umum kepada masyarakat,” tambahnya.
Rata-rata netizen memberikan respons yang positif malah ada segelintir yang menyamakan langkah yang dibuat Amalina ini sama dengan apa yang telah dilakukan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun lalu.