
Honda Kini Buka Tempahan BRV 2020, Dijangka Dilancar Q1
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berita baik buat peminat Honda Bold Runabout Vehicle (BRV) , Honda hari ini mengumumkan mereka sudah membuka tempahan bagi model crossover 7-tempat duduk BRV di semua 100 cawangan pengedar mereka di seluruh negara
Difahaman model ini bakal diperkenalkan pada suku pertama tahun 2020. Hmm tak lama lagi je tu kan?
Model yang mula diperkenalkan ke pasaran Malaysia pada 2017. BRV menggabungkan gaya reka bentuk SUV tetapi dengan pengendalian, kemudahan serta kabil yang luas seperti MPV . Model crossover serba boleh yang berjaya menarik minat prospek pelanggan terutamanya mereka yang berkeluarga.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata, BR-V yang merupakan model pertama Honda R&D Asia Pacific Co., Ltd. (HRAP) khusus untuk pasaran ASEAN.
Setakat Januari 2020 lebih dari 36,000 unit BR-V telah berjaya dijual di Malaysia. Angka ini membolehkannya menguasai 45 peratus pegangan pada 2019 dan membantunya mengekalkan kedududukan sebagai peneraju segmen.

Satu yang pasti, model baru 2020 yang dikemaskini itu nanti akan tampil dengan gaya luaran yang lebih segar, terutama di bahagian hadapan dengan bampar bersama jeriji hadapan rekaan baharu, kemasan bawah bampar baharu, antena sirip jerung dan rim aloi bersaiz 16-inci baharu.
Selain itu BR-V yang dipertingakat ini turut dilengkapi dengan fungsi masuk tanpa kunci, dan butang penghidup enjin sebagai ciri standard. Dikuasan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC BR-V ini mampu menghasilkan 120PS dan daya kilas maksimum 145Nm.
New BR-V – Now Open For BookingMeet the NEW Honda BR-V, the full 7-seater crossover that serves as the perfect companion for your growing family.
Posted by Honda Malaysia on Monday, March 2, 2020
Yang menariknya BR-V ini juga dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit baharu dengan aksen merah bagi menyerlahkan gaya sporty dan pengalaman selesa bukan sahaja untuk pemandu malah buat penumpang.
Untuk maklumat lanjut mengenainya atau membuat tempahan, sila hubungi Talian Bebas Tol Honda 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my