
Waze Beacon Kini Di Malaysia, Bantu Penggunaan Navigasi Bawah Tanah Di TRX
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pengguna aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps pasti sudah terbiasa dengan keadaan hilang signal GPS ketika anda sedang melalui terowong atau jalan bawah tanah bukan?
Bagi menghadapi masalah ini Waze pada 2016 telah memperkenalkan Waze Beacon, peranti berasaskan Bluetooth yang sesuai di pasang di kawasan-kawasan berkenaan yang sudahpun diguna pakai di beberapa negara antaranya di Amerika Syarikat, Australi Itali,Brazil, Perancis, Norway, dan Republik Czech.
Terbaru peranti ini bakal diperkenalkan di Asia Tenggara dengan Malaysia menjadi negara pertama yang akan menggunakannya di sekitar Tun Razak Exchange; kawasan pembangunan yang terletak di tengah ibu kota di antara Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan Ismail
Syarikat pembangun TRX iaitu TRX City Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa mereka dan Waze telah bekerjasama memasang Waze Beacon di kawasan bawah tanah TRX .

Jadi apa kebaikannya untuk kita?
Penggunaan peranti ini sekaligus dapat membantu meningkatkan keselamatan pemandu, serta memberikan paparan trafik secara langsung tanpa sebarang isu signal terutama di kawasan bawah tanah TRX yang akan disambungkan ke beberapa lebuhraya yang sering digunakan untuk masuk dan keluar kawasan Jalan Tun Razak, seperti Smart Tunnel, Bulatan Kampung Pandan dan juga lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway.

Yang menariknya peranti ini walapun menggunakan nama ‘Waze’ , ia bukanlah hak milik syarikat GPS berkenaan sebaliknya dipasang dan kepunyaan TRX City sendiri.
Buat masa ini, peranti Waze Beacon ini sudahpun dipasang di ruang bawah tanah Basement 2 dan 3 TRX yang merangkumi 24 titik keputusan.
Jadi susah la nak sesat kat bawah tu dah kan ?
Selain itu bergantung kepada keberkesanannya, Waze beacon juga mungkin dipasang di lebih banyak kawasan di sekitar Kuala Lumpur dan seluruh negara