fbpx
Now Reading
Ini Bukan Perintah Berkurung, Cuma Perintah Kawalan Pergerakan

Ini Bukan Perintah Berkurung, Cuma Perintah Kawalan Pergerakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Walaupun ramai menjangkakan Malaysia bakal berdepan perintah berkurug sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaliknya mengumumkan perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa dari 18 Mac – 31 Mac.

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 . Walaupun begitu, rakyat digalakkan tidak digalakkan untuk meninggalkan rumah tanpa tujuan sebaliknya menghabiskan masa sebaiknya didalam kediaman,

Infografik : Bernama

Perdana Menteri sewaktu melakukan pengumuman menjelaskan angka ini diambil untuk mengekang penularan wabak covid-19 yang dilihat semakin membimbangkan .

Perdana Menteri sewaktu mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Foto : RTM

Dengan mengurangkan pergerakan masyarakat, pendedahan kepada penyakit akan semakin berkurangan . Ini sekaligus dapat mengehadkad transmisi penyakit Covid-19.

Kerajan turut bertindak menghalang sebarang kemasukan pelawat dan pelancong asing ke dalam Malaysia dan menyekat rakyat dari keluar negara.

Semua jenis sekolah ,IPT dan institut latihan kemahiran turut ditutup sepanjang tempoh ini. Untuk mengetahui segala jenis perintah larangan sila tekan link ini.

Buat anda yang ada sebarang sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, teruslah menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula 12 tengah hari Selasa, 17 Mac.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.