Ini Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari ini bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin meruncing.
Walaupun terdapat pihak yang masih bekerja terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang-bidang penting negara namun kebanyakan orang sudah diarahkan bercuti atau bekerja dari rumah selari dengan pelaksanakan arahan tersebut.
Buat anda yang akan menghabiskan masa di rumah sehingga 31 Mac ni, pasti terfikir-fikir apakah aktiviti yang boleh dilakukan bersama ahli keluarga.
Yelah! kalau lama-lama melangut pasti bosan kan? Siapa yang selesa dengan pergerakan terbatas betul ?
Oleh itu, kali ini kami ingin berkongsi beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedikit sebanyak dapat mengeratkan perhubungan keluarga anda.
#1 – Habiskan Masa Menonton Televisyen Bersama
Tak semua orang berpeluang untuk menonton TV bersama keluarga sebelum ini. Apatah lagi sudah menjadi norma masyarakat dimana kebanyakan keluarga memerlukan kedua ibu-bapa untuk bekerja demi menampung keperluan keluarga.
Jadi anggaplah ini satu asbab untuk anda menghabiskan masa yang terbaik bersama keluarga terutamanya buat mereka yang mempunyai anak kecil. Mesti rasa bonding tu selepas ini.
#2 Kemas Rumah Bersama
Jadual dan rutin yang padat pasti membuatkan anda sukar untuk memberi tumpuan pada kebersihan rumah sebelum ini.Jadi apa kata ambil kesempatan yang ada untuk bergotong-royong mengemas rumah anda.
Ianya bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan, ia juga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua mengeluarkan peluh dan kekal sihat.
#3 Kenalkan Anak Kecil Apa Itu Kebersihan Dan Sains
Buat anda yang mempunyai anak atau saudara yang masih kecil , mungkin waktu ini paling cocok untuk mengajar mereka apa itu kebersihan. Kerana kebersihan adalah titik utama dalam penjagaan kendiri malah dapat melindungi anda dari virus atau sakit.
Banyak video berkenaan sains dan juga kebersihan yang tular di media sosial. Tinggal untuk anda sahaja memilih video yang bersesuaian dengan anak-anak anda.
#4 Siapkan Kerja-Kerja Yang Tertangguh
Buat mereka yang diarahkan untuk bekerja dari rumah, jangan sesekali abaikan tanggungjawab anda sebagai seorang pekerja. Anda disarankan untuk menyiapkan segala kerja yang tertangguh bagi memudahkan urusan anda kelak.
Jangan ambil remeh berkenaan hal ini kerana ia adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik.
#5 Buat Panggilan Video Dengan Orang Jauh
Jarak bukan lagi pemisah .Walaupun berjauhan anda masih boleh berhubung dengan keluarga yang jauh.
Jika dahulu hanya boleh melepas rindu dengan mendengar suara kini video call melengkapkan segalanya.
#6 Solat berjemaah bersama buat mereka yang beragama islam
Penutupan semua rumah ibadah tidak bermakna anda tidak boleh menunaikan kewajipan anda.
Buat keluarga yang jarang berjemaah mungkin ini masanya untuk anda tunaikan solat bersama. Ini secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan keluarga anda.
#7 Masa untuk membaca atau tambahkan kemahiran anda
Buat mereka yang gemar membaca nampaknya ini peluang terbaik anda untuk bersantai sambil membaca buku! Tiada buku tiada masalah , bukankah ada e-book ?
Untuk mereka yang sukakan kelainan pula mungkin ini masanya untuk anda mempelajari sesuatu yang baru. Tiada sumber ? Tidak lagi menjadi masalah
Kan ada e-learning? Mudah sebenarnya untuk tambah kemahiran masa kini, anda hanya memerlukan internet dan terus membuka youtube. Anda mungkin boleh cuba belajar kemahiran asas seperti menukang, atau mungkin menjahit. Atau lebih seronok mempelajari teknik membuat kraftangan.
Foto header : Killerinnovations.com