fbpx
Now Reading
Dr. Say Kongsi Kenapa Bahaya Pakai Sarung Tangan Ke Super Market

Dr. Say Kongsi Kenapa Bahaya Pakai Sarung Tangan Ke Super Market

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-MQKd5F8dY/

Selain dari peningkatan permintaan untuk face mask, glove atau sarung tangan juga mendapat permintaan yang tinggi susulan dari penularan wabak Covid-19

Namun dikala orang ramai mula mempraktikkan penggunaan sarung tangan sebagai usaha mengelak dari tersentuh virus ini tanpa sengaja, muncul saranan dari pegawai kesihatan dari serata dunia termasuk dari negara kita yang tidak menggalakkan penggunaan glove tangan ini.

Ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya bukankah saranan itu agak bercanggah dengan teori yang sarung tangan sebenarnya melindungi tangan seseorang?

Terbaru Dr. Say Shazril, pengacara rancangan My Doctors menerusi Instagram berkongsi jawapan yang dicari-cari oleh orang ramai mengenai sarung tangan yang dikatakan tidak efektif sebagai perlindungan dari dijangkiti virus maut ini.

Ikuti perkongsian Dr Say di bawah:

“Pemakaian gloves pun cukup popular bila saya keluar membeli barang keperluan rumah. Persoalannya, adakah memakai gloves efektif dalam mengelakkan terkena jangkitan COVID-19?

Jawapannya tidak, malah ia lebih berbahaya.

“Sebab apa pula doktor? Bila pakai gloves tak adalah kulit jari kita sentuh virus tu”. Secara teorinya betul apa yang anda fikirkan tapi secara praktikalnya tidak.

Sarung tangan boleh jadi ejen penyebaran virus

“Ada dua sebab. Sebab pertama, gloves ni boleh menjadi pengangkutan untuk penyebaran virus. Contohnya anda beli groceries sambil pakai gloves then dengan gloves yang sama anda buka pintu kereta, pegang stering, singgah pam minyak kejap & akhirnya buka tombol pintu rumah sebelum anda buang gloves tu

“Kalau lah ada virus pada awal-awal anda beli groceries tu tak ke dari supermarket, sekarang virus tu dah ada dalam kereta anda, di pam minyak & akhirnya di rumah anda?

Penggunaan gloves buat orang malas bagus tangan

“Sebab kedua, bila anda pakai gloves somehow anda tak akan basuh tangan dengan lebih kerap yelah sebab mesti anda fikir “selamat dah tangan aku dalam perlindungan gloves ni tak perlu dah aku basuh tangan” & jika membasuh tangan ini tak dapat dijadikan “habit” bayangkan apa akan berlaku sekiranya anda kehabisan gloves? Sentuh sana sini & tak basuh tangan sebab yelah tiada “habit” itu. 

“Sedangkan jika anda tak pakai glove, anda akan kerap mencuci tangan/ hand sanitize. Lepas beli groceries hand sanitize, lepas isi minyak hand sanitize, sebelum bukak pintu rumah hand sanitize bukankah lebih selamat?

“Leceh kena hand sanitize sokmo? Sebab tu lah kerajaan suruh duduk rumah!” tulis nya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.