Cara Mohon Pergerakan Antara Negeri Menerusi Aplikasi Gerak Malaysia

Buat rakyat Malaysia yang merancang untuk merentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) anda sudah boleh memohon untuk berbuat sedemikian bermula hari ini melalui aplikasi Gerak Malaysia.

Buat mereka yang tidak mempunyai akses internet anda boleh memohon di balai polis (dengan temujanji)

Namun permohonan ini hanya dibenarkan untuk mereka yang mempunyai kriteria seperti di bawah sahaja :

  • Pulang ke bandar selepas lama terkandas di kampung
  • Pulang ke rumah anda (kampung) selepas terkandas di kampung mak ayah

Permohonan seperti pulang ke kampung untuk berpuasa, untuk menyambut raya , dan sebagainya sama sekali tidak dibenarkan

Permohonan di buka bermula hari ini, 26 April sehingga 29 April 2020

Buat mereka yang layak dan ingin memohon pergerakan antara negeri menerusi aplikasi Gerak Malaysia , dibawah kami kongsikan langkah-langkah yang harus anda ambil.

Cara-cara memohon :

Langkah 1 : Muat turun

  1. Download aplikasi Gerak Malaysia
    Klik sini untuk download di App Store, jika anda pengguna Apple iOS
    Klik sini untuk download di Google Play, jika anda pengguna Android
    Klik sini untuk download di Huawei AppGallery
  2. Install dan Buka aplikasi
  3. Akan keluar beberapa gambar dan penerangan
  4. Swipe sehingga habis
  5. Klik Let’s get started
  6. Sekarang anda akan berada di ruangan Verify your mobile number
  7. Masukkan nombor telefon bimbit anda
  8. One Time Password (OTP) dalam bentuk SMS akan dihantar ke telefon bimbit anda
  9. Sila buat pengesahan dengan memasukkan 6 digit Verification Code untuk buat pengesahan

Langkah 2 : Daftar

  1. Anda akan diminta untuk buat pendaftaran di ruangan RegisterMasukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
  2. Masukkan Alamat Tempat Tinggal sekarang di ruangan Residential Address
  3. Residential Address ialah rumah tempat anda menginap dan bukan alamat kampung, rumah mak dsb.
  4. Masukkan Bandar di ruangan City
  5. Masukkan Poskod di ruangan Postcode
  6. Pilih jenis Pengenalan Diri dalam ruangan Identification Type iaitu Nombor Kad Pengenalan atau Passport
  7. Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
  8. Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Passport, masukkan Nombor Passport anda
  9. Masukkan email di ruangan Email
  10. Jika tiada email, abaikan sahaja ruangan itu
  11. Klik Continue
  12. Klik Yes untuk berkongsi lokasi peranti anda
  13. Klik Allow untuk memberikan kebenaran kepada Gerak Malaysia menjejaki lokasi peranti anda
  14. Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai

Langkah 3 : Permohonan permit

  1. Setelah selesai pendaftaran, akan akan diminta untuk tekan butang Generate QR Code bagi memohon permit
  2. Anda akan diberikan pilihan seperti:

    Emergency Acitivity (Aktiviti Kecemasan)
    Medical Treatment (Rawatan Perubatan)
    Esesential Actitivites (Aktiviti-aktiviti Penting)
    Essential Shopping (Membeli Barangan Keperluan)
    Interstate Travel (Pergerakan Antara Negeri)
  3. Pilih Interstate travel . Permohonan anda sudah diterima dan disemak sekiranya anda ada ada menerima notifikasi yang bertulis : “Terima kasih. Permohonan perjalanan anda telah diterima. Kami sedang meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 29 April 2020 untuk maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda”
  4. Pastikan anda semak kembali pada Rabu, 29 April untuk proses kemaskini

Jadual perjalanan semasa PKP

Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.

  1. 1 Mei 2020
    Untuk pemohon-pemohon dari negeri:
    • Perak
    • Johor
    • Kelantan
  2. 2 Mei 2020
    Untuk pemohon-pemohon dari negeri:
    • Perlis
    • Kedah
    • Pulau Pinang
    • Melaka
    • Pahang
  3. 3 Mei 2020
    Untuk pemohon-pemohon dari negeri:
    • Selangor
    • Kuala Lumpur
    • Negeri Sembilan
    • Terengganu

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago