fbpx
Now Reading
Hikmah PKP, Gelandangan Seronok Jalani Puasa & Belajar Agama

Hikmah PKP, Gelandangan Seronok Jalani Puasa & Belajar Agama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami disini untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 atau berita-berita menarik dalam negara. Atau copy & paste link kami : https://t.me/buzzkini di browser anda


Benar kata para ilmuwan, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. Siapa sangka disaat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan PKP dalam menanganinya, kerajaan telah mengambil langkah pantas dengan menyelamatkan golongan gelandangan.

Mereka kemudiannya ditempatkan di beberapa tempat kuarantin siap dengan akses kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi dan ‘bilik tidur’ bagi keselesaan mereka.

Memetik Bernama, salah satu tempat kuarantin yang menjadi penempatan sementara buat para gelandangan adalah di Arena Badminton Ipoh  yang difahamkan ketika ini sedang menempatkan 67 dari mereka.

Foto : FB Polis Daerah Ipoh

Yang menariknya, gelandangan di sini bukan sahaja selesa dengan keprihatinan dan layanan yang diberikan para petugas malah mereka turut menzahirkan rasa syukur kerana disediakan dengan pelbagai aktiviti di sana.

“Saya seronok tinggal di sini kerana makan minum dan kebajikan kami semuanya dijaga dengan baik. Jika kami ada masalah, mereka (petugas khas urus gelandangan) ambil berat dan sangat prihatin,” kongsi Ahmad Kamal Mad Dahlan.

Foto : lilzaynnn

Berkesempatan mendalami ilmu agama

Tambahnya lagi mereka disana turut di beri kesempatan untuk belajar ilmu agama dengan lebih mendalam seperti mengaji al-Quran dan bersolat dengan cara yang betul.

“Ada ustaz yang datang ke sini untuk ajar kami dan sedikit sebanyak ilmu yang diajar ustaz itu dapat membantu kami yang agak ketinggalan. Saya akan berusaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

“Ramadan kali ini juga sangat berbeza dan bermakna kerana tahun ini kehidupan saya lebih teratur berbanding sebelum ini. Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri,” katanya kepada Bernama

Perkara itu turut diakui seorang gelandangan mualaf, Mohamad Danial Hakim Abdullah, 43 yang menyatakan hidupnya kini lebih teratur dan bertambah baik sejak ditempatkan di sana.

Dia yang sudah tujuh tahun memeluk islam turut bersyukur disediakan segala keperluan selain dari diajar mengaji dan bersolat .

Bakal hadiri proses temuduga

Foto : lilzaynnn

Dalam pada itu Pegawai Daerah Kinta, Halizah Sipun berkongsi kepada media bahawa sebahagian daripada 67 gelandangan yang masih mampu bekerja akan menjalani proses temu duga kerja bermula minggu depan manakala baki mereka yang berumur 60 tahun dan keatas akan di tempatkan di rumah kebajikan di sekitar bandar raya Ipoh selepas PKP tamat.

“Kita akan membantu kesemua gelandangan yang berada di sini selepas PKP tamat supaya kehidupan mereka lebih terjamin selepas ini,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.