fbpx

Dengan Hanya Bajet RM 1,300 Wanita Ini Ubah Rupa Rumah Jadi Cantik, Siap Kos Perabot

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semua orang pasti mahukan rumah yang cantik kemas dan teratur bukan? Apatah lagi ia adalah tempat dimana anda akan menghabiskan masa santai anda selepas pulang dari tempat kerja/sekolah sampai lah ke keesokan harinya.

Buat mereka yang dah sempurna segalanya tahniah kami ucapkan, namun buat yang masih memasang angan-angan pasti tahu kos untuk mengubah dan mendekorasi rumah pasti mahal bukan?

Namun percaya tak kalau kami katakan yang anda boleh mentransformasi kan rumah hanya dengan kos kurang dari RM 2,000 siap dengan perabot?

Mesti tak percaya bukan?

Menerusi Facebook, seorang wanita, Siti Mariam Kamsan tampil berkongsi kepada orang ramai cara dia mengubah rupa dalaman rumah flat dari normal looks kepada simple modern style dengan kos RM 1,300 sahaja.

Keadaan rumah sebelum pengubahsuaian

Difahamkan Siti Mariam dan keluarga baru sahaja menyewa unit ini. Kondisi dan keadan rumah flat ini membuatkan Mariam dan suami nekad untuk mengubahsuainya seawal pelaksanaan PKP.

Keadaan rumah selepas

Sekadae info, bagu menjayakan projek dekorasi ini, terdapat beberapa peralatan asal dari rumah ini yang telah dibuang memandangkan ianya tidak lagi berfungsi seperti akuarium ikan, TV dan beberapa perkakas rumah yang lain.

Pecahan harga mengikut bahagian rumah

Bagi memudahkan urusan anda, kami akan pecahkan harga mengikut bahagian rumah seperti yang dikongsiakan Mariam.

Ruang tamu

Sofa bed- RM 199 – Lazada
Bench stool- RM 84- Lazada
Frame – RM 70- Next World Deco
Bantal cloud – RM 25 Beli dari FB , Sis Nur Hidayah

Kabinet Tv – RM 165- Shopee
Frame – RM 50 – Next Wall Deco II

Entryway table ( tempat letak kunci )

Ok ini sangat penting di panggil DROP POINT . Tempt letak kunci . So senang tak payah risau masalah kunci hilang ke hape. Tempat dah disediakan. Sila letak dengan bahagia. Jangan lempar

Pasu – botol terpakai dari sabun mandi Watson
Daun monstera – Shopee harga RM 2 tak silap
Chest drawer 4 tier – RM 174 -Lazada

Workstation @ ruang tamu

Yes inilah ruang yang dicipta. Ruang untuk anak2 buat kerja sekolah. Dan ruang untuk suami bekerja dari rumah.

Partition dari kedai karpet – RM 150
Meja – RM 50 (Shopee/Kitchen Z Banquet Table )
Alas hitam putih – RM 4.90 – ikea
Kerusi – dari tuan rumah

Ruang makan @ruang tamu

Tempat favourite sebab suka makan! Haha. Karpet(bawah meja makan) tu bawak dari rumah lama.

Lampu nordic- RM 74 – Lazada
Frame – RM 70 – Next Wall Deco II
Meja makan kerusi- Tuan rumah punya
Tikar getah (satu ruang tamu) – RM 115 -shoppe
Stool untuk pokok pisang- RM 35 -Shoppe

Dapur

Ruang dobi dan peralatan dapur

Terletak di belakang ruangan workstation yang pisahkan dengan partition

Rak ikea hylis- RM 59

Total cost

Menurut Mariam kesemua make over ni hanya memakan RM 1300 dimana kebanyakan barangan tersebut dibeli secara online dan sedikit demi sedikit semenjak pelaksaan PKP

Total cost untuk make over ruang tamu ni ialah dalam RM1300 termasuk kabinet TV, chest drawer, sofa bed, tikar getah, sbeli sikit-sikit sepanjang PKP berlangsung ni bukan sedebuk beli sekaligus.

Meskipun kos mengecat tidak dimasukkan namun penulis yakin pembelian cat dan proses secara D.I.Y tidak akan melebihi RM 2000

😘

Posted by Siti Mariam Kamsan on Tuesday, May 26, 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.