fbpx
Now Reading
Influencer Ini Dedah Perbezaan Wajah Sebenar Mereka Vs. Di Media Sosial

Influencer Ini Dedah Perbezaan Wajah Sebenar Mereka Vs. Di Media Sosial

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/treme.ex/posts/3254550784556509

Sebut sahaja instafamous atau influncers, pasti semua sudah terbayangkan gadis-gadis cantik dan ‘abam kacak’ yang petah berbicara dan mempunyai rupa paras yang menarik.

Namun jika itu tanggapan anda, pasti anda akan ‘terkejut beruk’ dengan pendedahan yang dilakukan influencer terkenal dari China ini.

Menggunakan peranti suntingan Photoshop, dua influencers ini telah memperdaya ribuan pengguna media sosial untuk menjadi pengikut mereka.

Wajah mereka di mata followers

Dengan penduduk melebihi 1.4 bilion di China, mereka sebelum ini begitu yakin yang kebanyakan netizen tidak akan mengenali mereka. Justeru mereka bebas memanipulasi gambar dan mengubah rupa paras mereka jauh dari dunia nyata.

Untuk 2 influencer ini mereka memilih untuk kelihatan kurus, kulit yang cantik dan bentuk muka yang sedikit bujur..

Namun difahamkan semua nya tidak lama selepas satu sesi behind the scene mereka telah disebarkan di internet. Merasakan ‘tembelang’ mereka sudahpun diketahui keduanya kemudian bertindak berterus terang kepada orang ramai.

Kongsi gambar perbandingan sebelum dan selepas edit

Menerusi satu pendedahan di Xiaohongshu, seorang dari mereka turut berkongsi beberapa keping gambar sebagai perbandingan rupa mereka sebelum dan selepas di edit.

Kisah mereka ini kemudiannya menjadi tular di seluruh dunia selepas dikongsikan seorang pengguna Facebook , Jevin Cheng aka Ex Treme .

Rata-rata netizen dilihat terperanjat dengan perkongsian tersebut. Yang pasti mereka kini percaya betapa dahsyatnya Photoshop boleh merubah sesuatu gambar.

Namun terdapat juga segelintir yang masih tidak mempercayai dan merasakan terdapat individu yang lain cuba menyamar mengenakan pakaian sama seperti dan meniru pose sama dengan tujuan untuk menjatuhkan reputasi mereka.

Tapi apa-apa pun perkara ini tidak mustahil. Jadi buat anda di luar sana, selepas ini jika terlihat mana-mana gadis cantik atau abam kacak di media sosial tidak kiralah berapa ramai pun followers mereka. Kami cadangkan selidiklah terlebih dahulu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.