“Buang Ego, Sombong” – Lelaki Ini Kongsi Cara Perbaiki Kehidupan Dengan Lihat Kembali Hubungan Sesama Adik-beradik

Bak kata pepatah ‘ Air dicincang tak akan putus’ , begitulah istimewanya hubungan adik-beradik.

Sama seperti air yang ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa, pertalian yang unik ini yang akan kekal selama-lamanya tanpa dapat diputuskan walaupun ianya mungkin berdepan pelbagai pengalaman suka dan duka.

Namun harus diakui hubungan bersama saudara kandung mungkin mempengaruhi kehidupan kita sama seperti perkongsian menarik oleh Tuan Khairul Hakimin Muhammad di laman Facebooknya yang kami kongsikan di bawah :

Jika nak baiki kehidupan, lihat bagaimana hubungan kita sesama adik beradik.

1. Sepanjang hidup berapa kali kita bantu adik beradik. Kalau ada, teruskan.

2. Ada tak kita beri duit kepada mereka setiap bulan atau sesekali berjumpa. Kalau ada, teruskan.

3. Kaya atau tak mereka, ada tak kita hulur semasa mereka berkahwin atau dapat anak, atau masuk rumah baru atau apa sahaja kemeriahan. Kalau ada, teruskan.

4. Jika ada adik beradik yang kerap buat perangai, ada tak perasaan kita rasa nak biarkan, lantakkan. Kalau ada, hentikan dan kembali beri layanan baik.
5. Ada tak kita masukkan mereka dalam doa kita, kalau ada, teruskan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan suatu apa jua; hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jauh, rakan sejawatan, musafir yang terlantar serta hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membanggakan diri.” (An-Nisa: 36)

Foto : RA Jackson/ ViewBug

Gais, kita ada berbagai ragam keluarga. Ada ok ada tak ok. Namun Allah kata buat baik sahaja.

Jika dia tak ok, hal dia. Kita bantu.
Jika dia ok, maka kita bersyukur, tetap kita bantu.
Jika dia kaya raya, maka kita bersyukur juga, tetap kita bantu.Antara benda yang buat kita ini ada magnet rezeki yang besar ialah kita buat baik terhadap ahli keluarga sendiri. Ia akan menarik banyaknya hal kebaikan.

Antara benda yang buat kita ini ada magnet rezeki yang besar ialah kita buat baik terhadap ahli keluarga sendiri. Ia akan menarik banyaknya hal kebaikan.

Buang ego, Buang sombong. Kalau kita hebat. Akan jadi lebih hebat jika kita saling rendah diri dan bantu.

Khairul Hakimin

Sama ada mereka nak bantu kita semula, itu bukan hal kita. Kita sahaja yang kawal diri kita dan tak boleh buat orang lain kawal. Sama juga kita tak boleh kawal adik beradik yang lain.

Kita yang perlu dapat pahala dan murah rezeki. Jadi kita yang kedepan bantu, tolak ansur dan sebagainya.

Iya, nak murah rezeki, happy dan bahagia, utamakan keluarga.

Begitulah. Khairul Hakimin Muhammad,
Syukur dapat adik beradik saling beringat.

Sumber Foto : Orissapost

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago